Perniagaan Kak Asiah
Relaks! Meh sini kami nak kongsi sikit ilmu yang berguna, lebih-lebih lagi buat para pengusaha produk makanan yang sekarang ni tumbuh melata ibarat cendawan lepas hujan gitu.
Pertama sekali, cuba korang jawab dua soalan ni. “Apakah yang membezakan produk korang dengan produk lain?” dan “kenapa pembeli akan pilih untuk beli sesuatu produk?”. Dua soalan ini berkait rapat dengan satu nama iaitu ‘MeSTI’.
MeSTI apa pulak? Mula-mula korang kena janji mesti baca sampai habis! Kalau tak, mungkin wang RM10,000 korang melayang terbang atau merasa duduk kat penjara. Gulp!
Hehe…Ceritanya macamni… MeSTI adalah singkatan kepada Makanan Selamat Tanggungjawab Industri dibawah inisiatif Kementerian Kesihatan. Apa fungsinya pulak?
Apa yang korang wajib tahu pasal MeSTI ni?
Serantau Desa Industries SDN BHD
Untuk pengetahuan korang, MeSTI adalah sangat penting untuk bantu pengusaha produk makanan menghasilkan produk yang bersih dan selamat untuk pengguna. Kiranya, bila korang nampak logo MeSTI, produk tersebut dah lulus dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.
Lagi satu kami nak cerita ni, bila dah ada logo MeSTI, takdelah pengusaha produk tersebut kena denda RM10,000 ataupun dok kat penjara tak lebih daripada 2 tahun kalau sabit kesalahan.
Bagus kan inisiatif ni sebenarnya? Bagi kami, ia bukan sahaja beri manfaat kepada pengusaha produk, tapi kepada pengguna jugak! Barulah yakin masa nak beli tu kan?
Pensijilan dan bimbingan PERCUMA? Biar betul!
Wahh.. Bila dengar je perkataan PERCUMA, kami pun excited. Siapa je tak suka benda free kan? Ha, apa lagi yang bestnya bila apply MeSTI ni? Tengok bawah.
- Sijil sah selama tiga tahun ya!
- Lebih mudah untuk mohon sijil halal daripada JAKIM
- Senang untuk masukkan produk di pasaraya besar, KR1M, COOP1M dan macam-macam lagi.
- Boleh mempercepatkan proses sijil eksport. Contohnya, Sijil Penjualan Bebas (Free Sale Certificate) boleh setel dalam tempoh satu hari TANPA dokumen tambahan! Wow….
- Memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
- Dah tentu pengguna pun lebih confident kan bila ada logo MeSTI kan?
Bestnyaaa…So, macamana nak apply??
Syarat untuk mohon senang je! Semudah langkah di bawah ni!
- Kena daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Jangan lupa untuk daftar dengan KKM melalui Pendaftaran Premis Makanan juga okay? (borang boleh didapati online, klik di link ini)
- Premis kena ada lesen atau kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau surat pengesahan dari mana-mana agensi kerajaan
Eh, korang mesti usha video ni jap tau, dalam pada kelakar, ada mesej penting!
Haa, amacam? Best kan video ni? Jadi, kesimpulannya, MeSTI ni sangat berfaedah kepada pengusaha produk makanan serta secara tak langsung, pengguna juga dapat rasa manfaatnya ya tak? Macam dalam video tadi, semua produk yang dibeli dah dapat logo MeSTI! Terbaikk!
Jadi, kalau korang nak tau lebih lagi, korang layari fsq.moh.gov.my dan Facebook BKKMHQ atau hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
MeSTI buat sekarang!