berita

Kena Block & ‘Unfriend’ Oleh Abang Sendiri, Adik Da’i Farhan Tampil Pertahan Maruah Kakak Ipar

December 4th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Nampaknya kemelut rumah tangga Da’i Farhan masih lagi menjadi bualan hangat netizen. Malah perkara ini makin mendapat perhatian ramai selepas isteri pertama pendakwah bebas itu meluahkan kekecewaan dituduh nusyuz.

Terbaru, adik kepada Da’i Farhan sendiri tampil pertahankan kakak ipar. Malah dia turut terkilan kerana abangnya block dirinya di laman sosial.

Diblock dan diunfriend abang sendiri

Semalam adalah hari yang sangat mengecewakan. Kecewa dengan tindakan seorang abang yang tidak bertanggungjawab. Saya diblock dan diunfriend oleh abang sendiri kerana saya bersuara untuk kakak ipar saya.

Sudah berapa minggu saya bersama Kak Fatin, bantu support emosi beliau, datang ke rumahnya sewaktu suami beliau tiada, dengar luahannya dan lain-lain. Saya tahu keputusan ini berat untuk beliau terima. Tapi beliau kuat dan redha.

Untuk Farhan hiduplah atas dunia ini sesuka hatimu, tapi ingat apa-apa yang Mama tidak redha, kamu tidak akan ke mana. Menyesal kemudian tiada guna. Kembalilah ke jalan bahagia. Mohon semua sahabat doakan semoga Farhan sedar dan kembali semula kepangkuan keluarga.

Untuk ‘wanita’ yang telah merampas kebahagiaan ini, ingatlah, Allah ini Maha Adil. Pasti Allah akan balas segala tindakanmu. Kak Fatin, kami ada bersama Kak Fatin. Kita sama-sama uruskan sehingga mahkamah putuskan semuanya nanti. Allah musta’an.

*Gambar ini sewaktu saya menziarahi Kak Fatin memberi sokongan dan semangat kepadanya.

Respon netizen

Sumber : Nik Fatma Amirah

SKIP THIS AD ×