berita

‘Kena Cuit Sikit, Seminggu Koyak..’ – MB Kedah

September 14th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan tahniah kepada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjulang Piala FA 2022 baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Jadi Punca Lambat Masuk’ – Penonton Piala FA Gigih Bawa Anak Kecil, Siap Sumbat Tin Susu Dalam Beg

Dalam rakaman ucapan yang dimuat naik di Facebook sebelum ini, beliau sempat berseloroh dengan menyatakan pemain JDT tidak pandai cakap Johor.

‘Kena cuit sikit, seminggu koyak’

Menerusi rakaman berdurasi 0.09 saat itu memaparkan Menteri Besar Kedah ini sedang bermain biola dengan muzik latar belakang lagu Hindustan popular iaitu Humko Humise Chura Lo dari filem Mohabbatein. Namun ucapan tahniah yang ditulis Datuk Seri Muhammad Sanusi di laman Facebooknya seakan mempunyai maksud tersirat.

Tahniah JDT menang Piala FA semalam. Sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Tidak kurang juga, ada dalam kalangan mereka terhibur dan menganggap kapsyen yang ditulis hanya sekadar gurauan.

Susulan daripada isu tersebut, netizen mula menyunting beberapa gambar yang dianggap ‘sesuai’ dengan situasi yang berlaku sebelum dikongsikan di platform media sosial. Namun terdapat satu gambar yang disunting memaparkan dua lelaki sedang bergaduh telah menarik perhatian Datuk Seri Muhammad Sanusi.

Banyak sungguh depa dok edit gambar kita. Dalam banyak-banyak gambar yang depa edit, yang ni buat saya gelak besar. Kena cuit sikit pun, seminggu dah koyak. Mau kena lagu ni.

Sementara di ruangan komen, kebanyakan netizen mendakwa pihak di sebelah sana agak sensitif dan tidak boleh menerima gurauan.

Foto suntingan netizen

Sumber: Muhammad Sanusi Md Noor

SKIP THIS AD ×