berita

Kena Kecam Video Kelab Malam, Ismail Izzani Kekal Tenang Ucap ‘Have A Nice Day’

November 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, nama penyanyi, Ismail Izzani menjadi perbualan netizen berikutan rakaman sebuah video yang didakwa memaparkan aksinya sedang mencium seorang wanita di sebuah kelab malam tersebar.

Artikel berkaitan: Penyanyi Lelaki Popular Kantoi Di Kelab Malam, Didakwa Bercium Ghairah Dengan Wanita Seksi?

Susulan daripada itu, Ismail dipercayai tidak memberi sebarang komen berhubung dakwaan tersebut bahkan hanya memuat naik  video ‘have a nice day ahead everyone’ di akaun Instagramnya.

Have a nice day

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_

Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen Ismail. Menurut netizen, penyanyi itu kelihatan tenang meskipun berdepan dengan pelbagai cemuhan. Bukan itu sahaja, netizen turut berkata Ismail seorang yang ‘berani’ kerana tidak menutup ruangan komennya.

Dalam pada itu, segelintir peminat mendoakan agar Ismail dapat berubah menjadi lebih baik dan menjaga nama baik keluarganya.

Sumber: Ismail Izzani

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×