berita

Kena Tahan Menyamar Jadi Polis, Rupanya Di IG Remaja Ini Penuh Gambar Pakai Uniform!

February 2nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Gara-gara terlalu obses ingin menjadi seorang polis, seorang remaja berusia 19 tahun ditahan pihak berkuasa dalam keadaan dirinya menyamar sebagai polis di hadapan Hotel Pintar, Batu Pahat. Ketika disiasat, remaja berkenaan berkata dia sedang membuat risikan dan pemantauan kegiatan mat rempit di sekitar Jalan Kluang.

Pihak berkuasa turut menemui beberapa peralatan polis pada diri pelajar Kolej Vokasional Sri Gading itu yang dibeli secara atas talian (online).

Menyamar polis kembali lagi

Tiga orang anggota Polis Diraja Malaysia berjaya menahan seorang remaja dipercayai berusia 19 tahun gara-gara menyamar sebagai polis daripada cawangan risikan operasi jenayah. Pelajar lelaki itu turut mempunyai senjata tiruan dan berpakaian seragam polis.

Tahniah PDRM tahan pegawai kanan berusia 19 tahun. Ada sayap lagi kat dada. Semasa ditahan, katanya beliau sedang membuat risikan dan pemantauan kegiatan mat rempit.

Makluman kes menyamar sebagai Penjawat Awam, memiliki senjata tiruan dan memiliki pakaian seragam polis tanpa kebenaran oleh Balai Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah, Batu Pahat (BSPTD). Klasifikasi Sek 171 KK, 36(1) Akta Senjata 1960, 89 Akta Polis 1967, tangkapan (B1).

Fakta Kes

Kejadian berlaku pada 2 Februari 2020 sekitar jam 2.45 pagi di mana ketika tiga anggota polis menjalankan tugas di sekitar Jalan Kluang, Johor. Individu itu memakai pakaian seragam operasi polis dengan pangkat Inspektor.

Pengadu telah didatangi individu tersebut menaiki sebuah motosikal nombor pendaftaran JQJ 4273 jenis Ex5 berwarna merah. Seterusnya dia kenalkan dirinya sebagai Inspektor Ramdan daripada cawangan risikan operasi jenayah, IPK Johor dan menyatakan dia sudah lebih kurang  seminggu berada di kawasan tersebut kerana menjalankan tugas risikan dan pemantauan kegiatan mat rempit di sekitar kawasan Parit Raja.

Baru berumur 19 tahun

Lebih mencurigakan, individu itu gagal mengemukakan kad kuasa yang diminta oleh pihak polis. Pihak berkuasa turut membuat pemeriksaan pada tubuh dan menjumpai beberapa peralatan polis.

Senarai barangan yang dirampas daripada seperti berikut, keping kad holder berlogo polis, sekeping kad kuasa tiruan pegawai kanan polis berpangkat Inspektor, sekeping gambar beruniform polis berukuran passport, sebuah buah topi besball berwarna biru gelap dan berlogo polis.

Sebiji lampu suluh berwarna hitam, sebatang anak kunci gari, tiga bilah pisau tertera logo burung helang berwarna hitam, sepucuk pistol tiruan (plastik) berwarna hitam jenama Boale & Toyavn diperbuat daripada China P193, sehelai baju kalis peluru berlogo polis berwarna hitam, sepasang uniform operasi polis lengkap beramulet pegawai kanan polis berpangkat inspektor, seutas tali pinggang berlogo polis berwarna hitam dan sepasang kasut but berwarna hitam jenama Kulitkraf.

Hasil siasatan

Difahamkan pelajar dari Kolej Vokasional Sri Gading itu terlalu fanatik dengan seragam polis. Menurut laporan yang diberikan lagi, kesemua barangan polis yang dirampas telah dibeli secara atas talian dan ini merupakan kali pertama dia memakai pakaian seragam itu.

‘Tau lari semua ehh’

Instagram Ramdan.official yang dipercayai milik individu ini turut merakam dan memuatnaik video di IG Story dengan kapsyen ‘tau lari semua ehh’. Video ini dipercayai ketika dia ‘menjalankan tugas’ membuat serbuan mat rempit di lokasi Parit Raja, Batu Pahat.

Laman IG penuh foto pakai uniform

Di laman Instagram milik remaja ini juga penuh dengan foto dia mengayakan pakaian uniform polis. Siap sempat posing lagi!

Sumber: Facebook Jawatan Kosong Sektor Kerajaan, Ramdan Official

SKIP THIS AD ×