berita

‘Kena Tahu Cara Nak ‘Bid’ – Fynn Jamal Kongsi Cara Nak Beli Rumah Lelong Sehingga Berjaya

April 25th, 2019 | by Ai
Kewangan & Pelaburan

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki sebuah rumah idaman. Tapi, nak memilikinya perlu mengeluarkan modal yang besar lagi-lagi harga rumah yang kini semakin meningkat. Maka, anda perlu bijak mencari rumah yang harganya berpatutan.

Salah satunya, anda boleh membeli rumah yang sudah dilelong oleh pihak bank kerana harganya boleh dibida. Tak tahu macam mana prosedur nak beli rumah lelong? Ikuti perkongsian pengalaman oleh penyanyi popular Fynn Jamal.

Macam mana nak beli rumah lelong?

Reposting sebab ramai nak tahu pengalaman beli rumah lelong for a first timer.

1. Deposit 10%

Unlike pengalaman beli rumah pertama dulu, beli lelong ini mmg pakai cash – tak boleh mark up loan sebab memang ikut apa yang tertulis kat dokumen kita dapat lepas kita menang lelong itu.

Seminggu sebelum tarikh lelongan, kena buat bank draft 10%. Bank draft Itu nanti kena drop kat kotak khas pada hari lelong sebagai bukti kita memang serius. So, kalau rasa saja-saja nak rasa “2 darhammm 2 darhammm” itu toksah la. haha.

Punya serius, kalau kau dah letak bank draft pastu menang pastu macam “eh mcm malas la pulak beli rumah ni” – kau boleh kena blacklist. Duit bank draft itu kena hold 6 bulan. Tak kelakar. Dan lelongan ada fasa-fasa dia, aku punya rumah ini dah lelong kat mahkamah tinggi. Maknanya dah round ke berapa la lelongan ni. Maknanya enjoy betul owner rumah duduk santai-santai tak bayar selama mana tak ada org beli rumah dia. 

Kat malaysia, punya baik la undang-undang, rumah kau dah naik untuk dilelong pun, kalau tak de buyer, kau duduklah haramly. Tak ada siapa paksa eviction. Itu another story another entry.

2. Hari lelongan: sebelum masuk

Datang AWAL, nanti kena drop ic dan details untuk confirm participation kita dalam lelong ni. Berkicap la kejap ketiak melangut tunggu kes kita dipanggil. Datang je awal dan diri depan senarai itu sebab walau pun number kat situ kau yang ke-12, kadang dia tiba-tiba start dengan kes kau.

Maybe, sebab tak ada orang lain nak bid rumah kau nak itu. So, kes mudah dia kasi jalan dulu, ada rumah tu memag bapak la drop giler harga, sampai 15 org nak. hah. berperang la dalam itu.

3. Semasa lelongan 

Nanti pelelong baca detail rumah itu, dengar elok-elok. Pastu mulakan bid. Kena amik tahu berapa minimum kenaikan bid. Jangan orang offer sejuta pastu kau up sejuta 3posen je. haha. harrey betei. Kalau kenaikan rm50k, contohnya, baik-baik la dengan tangan tu. Jangan terbersin angkat tangan. Maut kau kalau kau menang jumlah tanpa sengaja tu haha. Bila tukul tu ketepekk kat kayu dia— selesailah. last amount adalah pemenang. tokleh “eh chop-chop. tak jadi” okeh.

4. Lepas dah menang

Kena tunggu luar jap, sign itu ini dan standby duit stamping, cash, settle!

Perkara penting nak beli rumah lelong

Perkara-perkara yang kena consider nak beli rumah lelong:

  • Condition rumah tu

Tak macam rumah subsale, rumah baru, rumah kita nak beli cara biasa beli rumah lelong ni memang GAMBLE. Bab ini aku memang rasa berderau la, sebab kita tokleh tau rumah tu tip top ke tak. Kot dia jenis tuan rumah asal boleh, leaking sana sini, paip sumbat buat bodoh, memang kita cuma akan tahu bila dapat kunci. Sejenis seprais la. Haha!

Dia macam kau kawen ikut aturan mak. Tak bercinta, hari nikah baru jumpa. tapi tak bermakna kau tokleh stalk dia kat facebook hahaha. Sebulan lebih aku laki bini asik pusing-pusing dalam kawasan, guard sampai dah kenal. mesti dalam hati dia “kesian. meroyan depa ni” haha.

  • Owner dulu tak nak kerjasama

Tak semua. Tapi ada tenant yang tak nak keluar rumah walaupun kita dah settle beli. Syarat beli lelong adalah settlekan 90% tu dalam 120 hari. Cash ke loan ke itu ikut la. So, bayangkan bila kau dah excited settle dapat hak dah pastu tenant tu masih cengey, serabut gak aa.

Tapi kau chill. Jgn kau sibuk nak humban pasu dia keluar pulak. Bank yang akan uruskan. Kau buat baik je. Bukan kau salah pun, kalau kau masuk ala samseng macam kau kaya giler beli rumah dia, dia pecahkan piping rumah tu sebelum kau masuk, hancur dompet kau.

  • Duit-duit tak perasan

Kalau kau secure loan bank 90% pun, jangan lupa duit extra kau kena korek IN CASE owner lama selamba pulun bil dengan penuh dendam. Anggap dia keluar gitu je, bill semua kita kena settle ok. Dah la duit lawyer kena dekat 10k dah, bill api air tenet bagai tu. halah!

  • 120 days rule

Deposit 10% diletak tu kalau kita kalah, dia pulang sebaik habis lelongan. Jangan risau, cash kan balik je kat bank. Isunya adalah kalau dah menang pastu kau xjumpa cara nak settle 90% tu tadi. Duit kau boleh burn ok. Jangan main-main. So, sebelum masuk rumah lelong, pastikan kau dah try kelayakkan kat bank (kalau memang nak buat loan) ok?

Key dia: jgn buat main dengan court, orang banyak keje. Ok, tu je setakat aku nampak FAQ. Aku tak fasih bab ni. Semua ni sharing pengalaman je, yang terer-terer boleh tolong jawab-jawab la kalau orang tanya kat komen ok?

Berbaloi ke beli rumah lelong?

Last question; worth ke tidak? Ikut rumah dan ikut bajet. Lagi info tambahan. Sori, aku share berderet, Nanti tangguh memang tak kan sambung dah. Haha.

  • Loan bank 90%

Okay bab ni kena clear, loan 90% yang kau apply adalah based on VALUE rumah. BUKAN harga beli. Maksudnya, kalau katalah harga kau dapat tu tak setara dengan nilai, kau kena bayar sendiri. 

Contohnya, kau menang rumah lelong tu dengan harga sejuta. Tapi rupanya value rumah itu dah jatuh. Setakat 800k je. So, loan yang kau layak apply adalah 90% dari 800k tu, maknanya 720k sahaja. So topup lah sendiri, cari dalam 120 hari. Kalau takde? Burnlah 10% deposit yang kita dah bagi itu.

  • Decide maximum SEBELUM masuk bilik lelong

Seandainya kau jenis tokleh kalah, ego tinggi, toksah le. Bayar je orang yang memang buat mende ni secara professional. Dalam RM400. Aku memang dah dipesan suami: “this is the amount, kalau orang up tiga posen pun tak payah, ada rumah lain”.

Aku taat sebab takut kau akan terpakai duit-duit yang kau standby untuk bill-bill tetiburr tadi tu. Duit cukai pintu lagi, Renovation untuk mende-mende bocor pecah pulak. Kau tak tau kondisi rumah, kan?

  • Ulat-ulat lelong

Aku tak paham macam mana sampai zaman kereta terbang masih wujud menda ni dan tak ade sesiapa amik tindakan. But let me tell you what they do, mereka seperti iblis yang akan membisik benda kau nak dengar. haha.

  • For a price

Jadilah org beriman, hahaha. Azan kat telinga dia. yakin pada Allah. Kalau kau dah set amount kau, orang-orang yang datang offer menang kat luar, rasuah hadiah bagai ni, toya je. Antara benda dia offer, dia pastikan tak ade orang outbid kau la, tolong semak siapa yang nak bid dan settle tepi la. Macam-macam orang yang ada penyakit nak menang cara mengelat, keluarlah duit ribu-ribu.

Sumber: Fyn Jamal

SKIP THIS AD ×