berita

Kena Tampar Masa Beritahu Hamil, Wanita Pasrah Dicerai Ketika Berpantang

June 16th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kehadiran zuriat merupakan satu pemberian istimewa yang sangat dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri. Kehadiran insan kecil ini juga sering dianggap sebagai pelengkap kebahagiaan dalam rumah tangga.

Tetapi lain pula kisah seorang wanita ini apabila dia mendakwa dirinya ditampar suami ketika memaklumkan dirinya hamil. Lebih sayu, dia diceraikan ketika berada dalam pantang.

Ditampar & kena cerai masa dalam pantang

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Nabiela Ma’aseh, dia berkongsi kenangan pahit yang dilalui selama bergelar isteri. Dakwa wanita ini, sejak awal perkahwinan lagi dia diuji dengan kecurangan suami dengan wanita lain.

Saya hadap suami saya curang dari awal kahwin lagi. tapi saya sebagai isteri, saya hanya mampu menasihatkan dan tegur je.

Ujar wanita tabah ini lagi, perancangan kejutan berita kehamilan bertukar duka apabila dia didakwa ditampar kerana dikatakan mengganggu suaminya sedang bermain game.

Faktor penceraian ni berlaku sebab soal tanggungjawab. Saya dari awal mengandung sampai melahirkan anak saya seperti seorang pengemis sedangkan saya ni seorang isteri. Cuma minta perhatian suami. Bila saya buat kejutan dia cakap ‘lantak kau lah tu anak kau’.

Sepanjang hamil, bekas suaminya itu dikatakan tidak peduli akan kandungan sehinggalah dia melahirkan bayi mereka. Bahkan ketika datang ke Kelantan untuk menguruskan pendaftaran sijil lahir anak, si suami dikatakan hanya menjenguk anaknya tidak sampai satu jam. Ketika ditanya adakah anaknya diazankan oleh suami ketika lahir, bekas suami langsung tidak membalas mesej.

Nak berhubung pun tak boleh. Nak bagi tahu yang saya dah dekat bilik bersalin pun tak boleh sebab lost contact. Nak minta dia azankan anak baru lahir tapi tak boleh berhubung sebab dia tak nak ambil tahu langsung.

Video penjelasan

@_nabielaa.maaseh Reply to @nikhajarr ? original sound – nabielaa.ma’aseh

Hantar gambar anak tapi tak dilayan

@_nabielaa.maaseh Reply to @sheillisha0123 ? suara asli – andre

Sumber : _nabielaa.maaseh

SKIP THIS AD ×