Penyampai radio, Radin tampil memberi respon terhadap individu yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap peranannya sebagai pengacara ketika Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ikut Kehendak Pengantin Mahu Santai’ – Radin Ulas Dakwaan Tak Formal Jadi Hos Majlis Nikah Fattah & Amira

Artikel Berkaitan: ‘Rindu Bidadari Yang Bawa Aku Ke Dunia’ – Radin Imbau Kenangan Sambut Puasa Bersama Arwah Ibu

Tiada hak

Menerusi komen di Threads, Radin, 36, menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk menentukan waktu bermulanya konsert tersebut.

Malah kata Radin, konsert hanya akan dimulakan apabila semua pihak sudah bersedia selain menunggu arahan daripada penganjur acara.

Sebenarnya hak apa yang saya ada untuk beritahu pada event organizer untuk mulakan persembahan pada masa yang ditetapkan, sedangkan semua pihak kena tunggu segala persiapan lengkap dan sedia (artis, pemuzik, kru, dan lain-lain).

Untuk makluman segala-galanya perlu menunggu green light daripada floor manager sebelum bermula.

Jelasnya, meskipun dia telah menunggu sejak awal, mikrofon tetap tidak dihidupkan.

Saya tunggu di atas pentas selepas Maghrib jam 7.45 malam.

Mana boleh saya sebagai emcee mulakan show tanpa green light, mikrofon pun belum dihidupkan. Saya minta maaf atas kekurangan.

Sebelum ini, individu meluahkan rasa tidak puas hati apabila Radin tidak menggunakan kuasanya sebagai pengacara majlis untuk memulakan konsert pada waktu yang ditetapkan.

Katanya, Radin sepatutnya menggunakan peranannya sebagai pengacara untuk memaklumkan kepada penganjur acara agar konsert bermula mengikut waktu yang ditetapkan.

Sumber: Threads