berita

‘Kenal Dari Sekolah Rendah, Niat Nak Nikah’ – Luahan Sedih Teman Wanita Mangsa Kebakaran Kompleks Bersepadu Pengerang

March 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, satu kebakaran dan letupan telah berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Lebih menyedihkan, kejadian tersebut telah meragut lima orang nyawa. Manakala, seorang lagi melecur sebanyak 70 peratus.

Menerusi Facebook Ummi Faezatul Fadelia, wanita ini berkongsi luahan sedihnya selepas mengetahui teman lelakinya merupakan salah seorang mangsa yang terkorban. Menurutnya, mereka baru sahaja hendak merancang untuk bernikah. Sedihnya!

Berusaha kumpul duit bersama

Kenal dari sekolah rendah. Susah senang bersama. Niat nak nikah tapi allah lebih sayangkan kitak Hadi. Baruk jak kitak tepon kamek sebelum kejadian ya. Bergurau senda sampe kamek angol. Kamek mdh lak tepon kamek gik. Tapi yala kelak la ya alu sikda langsung. Macam nak leput bila orang mdh kitak dah sikda. Macam ney ohhhh kehidupan lepas tok. Kamek paling terharu bila kitak berusaha kumpul duit sebab nak kawen.

Tp jodoh kita 2 sampe ctok jak di. Macam ney pun kita 2 kejeron nak nikah tapi mun dah allah atur kan mcm tok. Sik dapat d lawan agik di. Kamik sik harap lain. Kamek harap kitak dapat d mbak balit ctok. Kamik selalu tanyak bila kitak tok nak balit Kuching. Kali tok kitak pulang,pulang terus di. Terima kasih yang tanya keadaan kamek. Kawan-kawan Hadi, kawan-kawan kamek pun. Insha Allah semuanya baik-baik jak. Kamek redha. Terima kasih untuk segala-gala kenangan Hadi. Minta maaf kamek sik dapat nak agak kitak sinun. Kamek sik sanggup. Berehat dengan tenang. Kamek tunggu kitak d kuching tok.

Menurut Ummi, dia mengenali Hadi sejak dari bangku sekolah rendah. Mereka hidup susah senang bersama sejak waktu itu sehingga sekarang. Mereka juga mempunyai niat untuk bernikah. Namun, Hadi telah pergi meninggalkannya. Tambahnya, sebelum kejadian tersebut berlaku, mereka berdua sempat berbual dan bergurau senda. Siapa sangka, perbualan tersebut merupakan perbualan terakhir di antara mereka berdua.

Walaupun pahit untuk diterima, Ummi redha dengan ketentuan dan aturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Dia juga terharu apabila lelaki yang dicintainya itu sanggup berusaha mengumpul duit untuk berkahwin. Ucapan terima kasih turut diungkapkan Ummi buat rakan-rakannya dan rakan-rakan Hadi kerana mereka memberikan kata-kata semangat buat dirinya serta ucapan takziah.

Masih dalam siasatan

Menerusi laporan Berita Harian, kejadian kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi itu berlaku kira-kira pukul 10.50 malam. Seramai empat mangsa ditemui rentung pada awalnya manakala seorang lagi parah dan seorang selamat. Mangsa yang kelima yang rentung dipercayai ditemui oleh pihak Bomba ketika operasi mencari sedang giat dilakukan.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pauzan Ahmad, mangsa yang parah tersebut dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan susulan manakala mayat mangsa yang rentung dihantar ke Hospital Kota Tinggi. Tambahnya, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran Diesel Hydro Treater Unit menerusi talian terus ke balai pada jam 11.18 malam sejurus kejadian itu berlaku.

Sebanyak dua jentera FRT, satu jentera LFRT, satu jentera EMRS satu jentera Water Tanker, satu jentera Foam Tender, satu jentera ALP, satu lori Hicom 5 Tan dan satu Lori Isuzu 3 Tan, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Rengit dibantu BBP Sebana Cove, BBP Penawar, BBP Pasir Gudang dan BBP Larkin dengan kekuatan seramai sembilan pegawai dan 33 anggota dihantar ke tempat kejadian.

Turut membantu adalah Central Emergency dan Fire Services (CEFS) Pengerang seramai 37 anggota dengan lapan jentera, Emergency Response Team (ERT) Pengerang seramai empat anggota dan Central Medical Facility(CMF) Pengerang seramai 13 anggota.

Setakat ini punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. Lima mangsa yang maut dalam kejadian tersebut ialah Fadhi Akmal Fadzil, Azarul Ashraf Nor Akmal, Norfazly Md Nor, Che Huzaidy Che Harun dan Hadi Syafiq Jamil.

Sumber: Ummi Faezatul Fadelia & Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×