berita

Kenal Ramadan Lalu, Elfira Loy Kini Tunangan Anak Datuk?

September 2nd, 2018 | by faris
Kini Trending

Baru-baru ini Elfira Loy ada memuatnaik foto di samping seorang lelaki misteri di tepian pantai. Foto berkenaan membuatkan ramai tertanya-tanya kerana hanya menunjukkan sebahagian wajah lelaki berkenaan tanpa keterangan dan status jelas hubungan mereka.

Artikel berkaitan: Elfira Loy Nafi Muatnaik Foto Lelaki Misteri Satu Gimik, Ben Ali Nafi Jejaka Itu Dirinya

Elfira ketika dihubungi Berita Harian menafikan gambar berkenaan adalah sebahagian gimik atau strategi pemasaran namun tidak memberi penjelasan lanjut mengenai jejaka berkenaan.

Majlis kecil, tertutup

Menurut portal hiburan Astro Gempak, aktres kecil molek itu dikatakan selamat menjadi tunangan kepada seorang lelaki bernama Muhamad Faris Khairul Anuar yang juga merupakan anak seorang Datuk, kira-kira 9 pagi tadi.

Menurut portal itu lagi majlis yang diadakan di rumah Elfira dilakukan secara intim dan kecil-kecilan di Alam Damai, Kuala Lumpur.

Menurut sumber, mereka berdua hanya baru beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing. Muhamad Faris berusia 27 tahun manakala Elfira, 24 tahun.

Kenal Ramadan lalu

Menurut sumber lagi, majlis tertutup itu hanya dihadiri keluarga rapat sahaja. Perkenalan kedua-dua mereka dikatakan bermula bulan puasa lalu.

Mereka dah selamat merisik dan bertunang sebentar tadi. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja dijemput. Majlis ini dirahsiakan daripada umum.

Tidak silap saya perkenalan mereka bermula pada Ramadan lalu, tak sangka mereka mengambil masa yang cepat untuk bertunang. Faris kini bekerja di syarikat bapanya yang merupakan seorang usahawan bergelar Datuk.

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×