berita

Kenali 5 Jenis Kasut Yang Menjejaskan Kaki Dan Kesihatan Anda

February 21st, 2019 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Menurut kajian, dalam setahun manusia berjalan kira-kira 245 hingga 292km. Memang jauh dan ia memerlukan keselesaan seperti kasut dan aksesori kaki yang sesuai.

Walaupun terdapat banyak fesyen kasut yang menarik, berikut adalah 5 jenis kasut yang bukan saja menjejaskan kaki, malah memberi kesan kepada tubuh lain yang berkait.

1. Selipar

Selipar merupakan antara kasut paling disukai ramai kerana ia merupakan alas kaki yang paling selesa. Namun, selipar membuatkan kaki khususnya ibu jari mudah melecet. Tambahan pula, selipar akan membuatkan ketidakselarian pada buku lali dan lutut kerana kaki tidak disokong dengan baik. Malah, selipar membuatkan kaki cepat penat.

2. Kasut runcing

Bagi yang jenis kaki lebar, kasut runcing adalah kasut yang tidak sesuai untuk anda kerana ia membuatkan kaki menjadi tertekan dan menyebabkan sakit saraf dan melecet.

3. Kasut flat

Kasut flat mempunyai tapak rata yang boleh menyebabkan tekanan pada bahagian plantar fascia, iaitu bahagian tengah kaki. Ia menyebabkan rasa sakit pada lutut dan badan.

4. Kasut jenis platform

Kasut jenis tidak fleksibel ini mempunyai ruang terhad. Ia akan menyebabkan kesakitan terhadap pemakai khususnya pada kaki.

5. Kasut tumit tinggi

Kasut tumit tinggi selalunya menambah keyakinan seseorang wanita, namun kasut sebegini akan membuatkan sakit belakang pada si pemakai. Kasut yang direka untuk menolak anda ke depan dan punggung ke belakang, menyebabkan pinggul terkeluar dari kedudukan asalnya. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan pada badan.

Sumber: Brightside

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×