berita

Kenali Jenis Masalah Rambut Bersama Schwarzkopf Extra Care

July 15th, 2013 | by Ai
Kini Trendy

Screen Shot 2013-07-12 at 12.42.05

 Dapatkan tips rambut sihat dengan klik foto di atas

Mesti ramai antara anda yang berdepan dengan masalah penjagaan rambut, kan? Kalau diperhatikan, penjagaan yang tidak sempurna boleh menyebabkan rambut rapuh, kering, berkelemumur, bercabang dan banyak lagi.

Bagi sesetengah orang, merawat rambut rosak bukanlah mudah namun tidak juga sukar jika anda tahu caranya. Maka dengan itu, produk penjagaan rambut Schwarzkopf kini tampil dengan sebuah e-mag yang direka khusus untuk membantu menyelesaikan masalah rambut anda.

Melalui e-mag ini, pembaca boleh mendapatkan pelbagai tips dan memahami punca sebenar masalah rambut yang sering dihadapi oleh wanita Asia.

Screen Shot 2013-07-12 at 12.43.03

 Dapatkan tips rambut sihat dengan klik foto di atas

Untuk memudahkan usaha anda dalam memiliki rambut impian, Schwarzkopf turut menampilkan beberapa produk kebanggaan mereka iaitu Extra Care Beauty Recharge, Extra Care Shea Cashmere, Extra Care Hydro Collagen, Extra Care Anti-Dandruff, Extra Care Ultimate Repair dan yang terbaru Extra Care Restore & Refresh.

Apa yang istimewa, kesemua produk di atas memiliki rumusannya yang tersendiri bergantung kepada kondisi rambut dan kulit kepala anda. Apa lagi, baca kandungan Schwarzkopf Extra Care sekarang!

Dan bagi yang ingin mendapatkan analisis rambut secara percuma, nantikan kedatangan trak Schwarzkopf bermula dari 1 Julai hingga 30 Ogos 2013 di roadshow Ekstravaganza Schwarzkopf Extra Care berhampiran anda. Pelbagai hadiah menarik turut disediakan!

Sila rujuk gambar di bawah untuk mengetahui lokasi yang boleh dikunjungi dari 6 Julai hingga 19 Julai. Jumpa anda di sana!

METRO