berita

Kenali Tanda-Tanda Usus Tidak Sihat & Langkah Penjagaan Supaya #KekalSihat

August 8th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Tidak seperti kanser payudara, kanser kolorektum ataupun kanser usus kebiasaannya sukar dikesan walaupun sebenarnya terletak di tangga ke-2 kanser yang paling banyak dihidapi pesakit kanser.

Oleh itu, TikTok melalui kempen #KekalSihat mengambil inisiatif menyebarkan kesedaran kanser kolorektum, serta kepentingan penjagaan usus bersama panel Jurulatih Kesihatan Usus, Datin Sumitra Ramachandran.

Tanda-tanda usus tidak sihat

Dalam satu sesi siaran langsung program anjuran TikTok dengan OhBulan! sebagai rakan media bagi membincangkan tentang kepentingan kesihatan usus, banyak maklumat penting berkaitan penyakit tersebut dikongsikan bersama orang awam.

Panel pada program tersebut, Jurulatih Kesihatan Usus, Datin Sumitra Ramachandran berkata, walaupun kanser kolorektum berada di tangga ke-2 kanser paling berbahaya, kanser payudara lebih mendapat perhatian.

Sumitra pada sesi tersebut sempat berkongsi tiga tanda-tanda utama seseorang itu mempunyai usus yang kurang sihat.

1. Sembelit – susah untuk membuang

2. Selalu cirit birit – selepas makan terus ingin membuang

3. Perut kembung & pedih ulu hati – rasa kurang selesa pada ulu hati dan perut

Cara jaga usus untuk kekal sihat

Bukan itu sahaja, dalam sesi yang berlangsung selama 1 jam itu, Sumitra juga sempat berkongsi cara-cara menjaga kesihatan usus untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Menurut Sumitra, usus yang tidak sihat adalah punca kepada pelbagai penyakit termasuk kesihatan mental, dan penjagaan usus yang baik mampu mengubah tahap kesihataan seseorang secara menyeluruh.

Berikut ada 5 cara untuk menjaga kesihatan usus yang dikongsikan Sumitra.

1. Minum air secukupnya

2. Perlu ambil serat (fibre)

3. Ambil prebiotics & probiotics

4. Perlu rehat secukupnya, tidur 6-8 jam

5. Banyakkan aktiviti fizikal seperti berjalan & menaiki tangga

Video

@ohbulanofficial

Usus korang sihat tak tu? Jom #KekalSihat @tiktok_malaysia @farmasieverlife #ohbulan #ohbulanofficial #tiktokmalaysia #guthealth

? original sound – Ohbulan – Ohbulan

SKIP THIS AD ×