berita

Kenapa ALS Ice Bucket Challenge Dapat Kritikan Di Malaysia?

August 28th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

ice-bucket-challenge-1

Mula-mula tu jadi pelik juga bila video demi video ‘bermandikan ais’ ini mula tersebar. Dalam hati terdetik juga, apa dah tak ada kerja lain ke?

Lagi pelik bila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga melakukan aksi yang sama. Tak ketinggalan, para selebriti seperti Lisa Surihani dan Zain Saidin juga ada memuat naik video mereka mandi ais.

Jadi, dek kerana sikap ingin tahu yang membuak-buak, maka saya pun buat sedikit research mengenai ‘permainan’ yang dipanggil ALS Ice Bucket Challenge  ini.

khairy_ice

Khairy Jamaluddin menyahut cabaran ALS! Cool!

Sebenarnya, ALS Ice Bucket Challenge ini dilakukan demi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS).

Syaratnya mudah, anda hanya perlu siram badan anda dengan menggunakan ais batu dan kemudian calonkan sesiapa untuk meneruskan permainan.

Tapi apa relevannya permainan tersebut dengan ALS? Konsep yang sebenarnya adalah bertujuan untuk mengutip derma bagi membuat kajian mengenai penyakit ALS. Jadi, mereka yang dicalonkan itu boleh memilih sama ada mahu menderma ataupn melakukan cabaran ALS.

Namun, kebanyakan mereka memilih untuk melakukan kedua-duanya sekali! So, its amazing la bila dapat beramal sambil berseronok kan?

Screen Shot 2014-08-28 at 11.46.14 AM

Nah! Lisa Surihani siap bagi penjelasan di videonya

Kami agak kagum dengan Lisa Surihani yang merupakan antara selebriti terawal menyahut cabaran ALS. Malah, dalam video-video yang dimuat naik, Lisa juga telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai ALS sebelum melakukan cabaran tersebut. Comel juga bila lihat Lisa yang terus terkaku setelah cabaran itu dilakukan. Sejuk oooo!

Tapi, kalau anda nak lihat versi yang lebih macho, boleh menjengah ke Instagram Zain Saidin. Katanya dia dicabar oleh Nabil. Ha.. Zain Saidin nampaknya macam tak terkesan langsung dengan kesejukan ais yang disiram kepadanya. Gagah juga Zain ni ya!

Cuma, bagaikan adat bergelar artis. Ada juga individu-individu yang kurang faham mengenai konsep ALS dan sengaja mula menimbulkan isu-isu berbangkit serta mempertikaikan keperluan untuk membazir demi permainan tersebut.

Screen Shot 2014-08-28 at 11.47.32 AM

Hehe. Agaknya siapa yang dicalonkan oleh Zain Saidin ya? Macam ramai je.

Ya. Mereka mempunyai alasan yang agak rasional. Tetapi, rasanya jika challenge seperti ini tidak dilakukan, rasanya sampai sekarang pun tiada yang tahu mengenai penyakit ALS kan? Betul tak?’

Untuk makluman anda, penyakit ALS ini wujud di setiap 1 daripada 500,000 orang, jadi secara puratanya ada lebih kurang 60 orang Malaysia penghidap penyakit saraf otak yang membawa maut ini.

Lebih mendukacitakan, penyakit ini kurang mendapat perhatian orang ramai dek kerana ia dianggap sebagai kes terpencil dan tiada satu pun pertubuhan dibina atas nama ALS di Malaysia.

Apapun, rasanya lebih baik kita berfikir dengan lebih positif dan menyokong kempen ALS ini. Jadi, sekarang saya nak nominate semua para pembaca OHBULAN! untuk buat cabaran ALS! Ada berani tak?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)