berita

‘Kenapa Campur Pakaian?’ – Wanita Saran Basuh Baju Berasingan Untuk Muliakan Suami Dikritik

June 23rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang wanita mempersoalkan kenapa para isteri mencampur pakaian suami dan anak-anak sekali ketika hendak membasuh. Menurut wanita tersebut, walaupun hukum menyatakan basuhan tersebut suci, para isteri perlu mempunyai adab dan memuliakan suami.

Jaga adab dan muliakan suami

Posting yang dimuat naik itu mula menjadi pendebatan ramai sehingga mendapat lebih 6 ribu komen dan 4 ribu perkongsian. Orang ramai mempunyai pendapat yang berbeza dan menganggap perkara ini tidak wajar. Rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen wanita tersebut.

Tulis yang baik-baik

Tak sangka posting pasal asing baju suami, adab dan muliakan suami di katakan kasar dan tak lengkap. Memang la ,tak tahu pula ramai yang sentap. Bagi ummi lah, tulis la panjang menjela tak baca-baca pun. Bagi topik panas. InshaAllah boleh menjentik hati-hati sakit ? Lama-lama nanti jadi ubatlah tu sebab kita makin nak tahu kan ?

Tak apa lah nak ilmu jom baca kitab. Tak faham tanya. Alhamdulillah ummi tak ambil hati sikit pun. Tak rasa tergugat pun. Sebab yakin dengan apa yang di sampaikan. Walaupun tak lengkap sebab ilmu tak tinggi. Dalam kitab ilmu rumahtangga seperti kitab muhimmah, kitab uqud Al Lujain huquq az zujain ,malah dalam kitab ihya ulumuddin dan kitab-kitab lain ada di sebutkan tuntutan isteri memuliakan suami.

Tetapi cara memuliakan itu ada banyak dan di antaranya tidak ada di dalam kitab- kitab. Tetapi di amalkan oleh wanita – wanita alim, isteri tuan guru sebab kita berdamping dengan mereka. Melihat cara mereka melayani suami-suami mereka. Ini bukan soal hukum tapi adab. Bila sebut adab bukan menghukum. Adab adalah cara membaikkan diri. Dengan beradab, segala perbuatan dan perkataan kita menjadi makin indah dan di senangi. Akhir kata, ummi mohon maaf sekiranya penulisan itu membuat netizen (wahhh ) marah dan terasa hati.

Terbaru, wanita tersebut memuat naik dan menjelaskan mengenai posting yang dilakukan. Menurutnya, dalam kitrab rumah tangga memberitahu bahawa terdapat tuntutan isteri untuk memuliakan suami. Jelasnya lagi, membasuh pakaian  suami dan anak secara berasingan merupakan adab dan ianya merupakan perbuatan yang lebih indah jika dilakukan.

Bazir betul la

Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dan menegaskan tidak perlu memberatkan apa yang tidak sepatutnya.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×