berita

‘Kenapa Dia Nak Kahwin Dengan Suami Saya? Saya Rasa Seperti Ditipu..’ – Shuhada

March 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Mat Shukri memberitahu bahawa dia tidak kisah sekiranya suaminya itu mahu berkahwin lain.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Masih Single & Available’ – Hafidz Roshdi Jawab Tuduhan Kahwin Lain

Artikel Berkaitan: Isu Lafaz Cerai Hafidz Roshdi & Shuhada Ditangguh Ke 9 Mei

‘Selama ini saya rasa seperti ditipu’

Menurut Shuhada, sekiranya mahu berpoligami, seorang insan bergelar suami seharusnya mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik mengikut sunnah Rasulullah iaitu tidak melakukan perkara terlarang yang boleh mendatangkan dosa.

Jadi kalau caranya betul saya tiada masalah berpoligami. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah lagi berjumpa pihak ketiga untuk melakukan provokasi seperti tarik-tarik rambut atau maki hamun.

Sebaliknya, pada fikiran saya lebih kepada persoalan kenapa dia mahu berkahwin dengan suami saya. Sedangkan selama ini saya rasa seperti ditipu.

Tambah Shuhada lagi, dia berharap agar Hafidz tidak menyimpan dendam terhadap dirinya kerana apa yang dilakukannya ini demi maruah diri dan anak-anak. Apabila ditanya mengenai orang ketiga, Shuhada memberitahu dia tidak mahu menyimpan dendam terhadap wanita yang menganggu rumah tangganya.

Maaf atau tidak, saya hanya manusia biasa. Apapun, saya akan cuba yang terbaik. Kalau berdendam sekalipun, nanti pada masa depan bimbang saya sendiri tak dapat meneruskan kehidupan.

Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan isterinya Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat Hafidz, sebanyak dua kali.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×