berita

‘Kenapa Kacau Hidup Saya?’ – Rebecca Kecewa, Dakwa Eina Azman Cuba Rosakkan Hubungan Dengan Uqasha

September 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini, dunia hiburan tanah air heboh dengan pergaduhan di antara dua artis iaitu Datin Paduka Eina Azman dan Datin Rebecca Nur Islam sehingga menyebabkan persabahatan akrab yang pernah terjalin terputus begitu sahaja.

Terbaru, timbul lagi spekulasi membabitkan dua pelakon itu. Namun kali ini berbeza sedikit apabila nama seorang lagi artis turut dikaitkan iaitu Uqasha Senrose dalam pertelingkahan di antara mereka berdua.

Apa ni?

Menerusi Instastory yang dimuatnaik Rebecca semalam, dia memaparkan satu screenshot perbualan di antara dirinya dengan Uqasha.

Dalam perbualan itu, Uqasha bertanya adakah betul dirinya telah dituduh cuba untuk menggoda suami Rebecca seperti yang didakwa oleh Eina.

Pertanyaan Uqasha itu bagaimanapun dinafikan Rebecca yang mengganggap ia adalah fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya semata-mata.

Puas ke kalau satu dunia benci?

Pertanyaan Uqasha itu nampaknya telah mengundang rasa sedih dan tidak puas hati Rebecca yang kemudiannya turut memuatnaik beberapa lagi Instastory bagi menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap perkara tersebut.

Saya doakan hati awak bersih

Bagaimanapun, Rebecca sempat ‘mendoakan’ Eina supaya dibersihkan hati dan tidak berterusan memfitnah dirinya.

Eina nafi

Dalam pada itu, dalam satu paparan Instastory yang dimuatnaik Eina, beliau seakan memberi bayangan bahawa dirinya telah difitnah tentang perkara tersebut.

Sumber: Instagram Rebeccanuralislam, Instagram Einaazman

 

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×