berita

Kenapa Kamu Semua Nak Sibuk? – Ramli MS Enggan Kongsi Sebab Rahsiakan Perkahwinan Dengan Alyah

August 29th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-08-29 at 10.53.09 AM

Selama ini ramai pihak yang tertanya-tanya apakah status sebenar perhubungan konduktor muzik terkenal, Ramli MS dengan Alyah.

Tetapi, akhirnya rahsia yang disimpan kemas itu terbongkar jua apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis.

Artikel Berkaitan: Alyah & Ramli MS Sah Sudah Bernikah!

Seperti kebiasaan, Ramli MS masih enggan berkongsi alasan kenapa dia dan Alyah perlu merahsiakan status pernikahan mereka yang dikatakan berlangsung di Batam, Indonesia setahun lepas.

Alyah-Bakal-Tampil-Lagu-Baru-Ada-Cinta-ROTIKAYAAlyah turut mengunci mulut apabila ditanya mengenai status hubungan dengan Ramli MS

“Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya. Kamu semua ingat… macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi… hahaha. Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan. Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah… haha.”

Itulah jawapan yang diberikan oleh Ramli MS apabila ditemubual oleh Mstar Online. Menurut portal itu lagi, Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad meminta mereka menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihaknya pada Selasa ini untuk penelitian dan turut menasihatkan pasangan itu agar mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat JAIS.

Hurm.. usahkan anda semua. Kami pun lagi lah pelik kenapa perlu rahsiakan perkahwinan.Tapi, tak mengapalah. Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri. Apa yang penting, hubungan mereka sudah halal kan?

Kredit foto: Instagram Alyah

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×