Usahawan tersohor, Dato’ Seri Vida kini kembali menggegarkan industri muzik dengan buah tangan terbaharu berjudul ‘Lagu Happy’.

Artikel Berkaitan: DSV Pilihan Tepat Nyanyikan ‘Lagu Happy’ OST Filem Duyung Legenda Aurora

Artikel Berkaitan: Filem Fantasi Ikonik Kembali Selepas 17 Tahun, Duyung: Legenda Aurora Temui Penonton 25 Disember Ini

‘Kenapa KRU pilih Vida?’

Namun, apa yang menarik perhatian adalah reaksi rakan karibnya, Roslan Shah atau lebih dikenali sebagai Cik Lan, yang seolah-olah ‘terkilan’ dengan pemilihan penyanyi bagi lagu tersebut.

Dalam satu sesi siaran langsung baru-baru ini, Cik Lan bersoloroh dengan mempersoalkan keputusan syarikat produksi KRU yang memilih Vida untuk membawakan lagu berkenaan.

Dalam banyak-banyak penyanyi, kenapalah KRU pilih DSV? Saya ni pun artis juga, malah peminat di Singapura panggil saya ‘Sudirman Singapore’. 

Saya rasa lagu Happy ni patut duet dengan saya.

Menjawab persoalan tersebut, Vida sempat ‘belanja’ sedikit bait lagu Happy malah usahawan itu menyatakan impiannya untuk bersaing di pentas anugerah besar.

Saya nak lawan Ernie (Zakri), saya pun nak menang award juga!

Lagu tersebut merupakan salah satu runut bunyi bagi filem fantasi komedi, Duyung Legenda Aurora yang sudah mula menemui penonton di pawagam seluruh negara sejak 25 Disember lalu.

Vida yang sudah menonton naskhah tersebut memberi jaminan bahawa filem ini sangat menghiburkan dan sesuai untuk tontonan keluarga.

Saya dah tengok movie ni, memang kelakar, sampai senget tudung saya! Kalau korang semua nak santai-santai hujung tahun, korang kena tengok cerita ni dekat pawagam 25 Disember.

Lagu Happy dicipta oleh Syahmi Muffin dengan lirik hasil nukilan Neo, “Lagu Happy” menampilkan melodi segar, bertenaga dan sarat dengan elemen positif yang mudah melekat di telinga pendengar.

Single terbitan Sony Music Entertainment itu kini boleh distrim di semua platform penstriman digital, manakala video muzik rasmi akan di saluran YouTube Nadi Studios.