berita

‘Kenapa Libatkan Arwah Isteri Aku? Freemason? Meh Cakap Depan-Depan Aku?’ – Shuib

July 3rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelawak dan penyampai radio, Shuib meluahkan rasa berang terhadap satu kenyataan seorang pengguna Facebook yang menuduhnya sebagai salah seorang ahli sebuah organisasi F yang dipercayai merujuk kepada Freemason.

‘Lawyer tengah jalankan kerja, tunggu’

Menerusi satu hantaran di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan tidak berasas individu berkenaan yang mengaitkan dirinya dan arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin.

Assalamualaikum, banyak hari saya sabar. Hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan mamat ini, yang mana tulisannya terlalu hebat dan berani.

Kenapa kau libatkan arwah isteri aku, Siti Sarah? Freemason? Apa yang kau tahu? Meh cakap depan-depan aku! 24 jam, cari aku!!! Lawyer tengah jalankan kerja, tunggu!!! Assalamualaikum.

Usahawan berusia 38 tahun ini turut memberi tempoh selama 24 jam kepada individu berkenaan untuk tampil bersemuka dengannya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai komen dibuat oleh seorang individu yang mendakwa arwah Siti Sarah dipaksa ditidurkan kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu-ibu mengandung tentang risiko tidak mengambil vaksin. Dia juga mendakwa organisasi terbabit menggunakan artis untuk mempromsikan vaksin.

Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya, Ayash Affan.

Sumber: Shuib Sepahtu

SKIP THIS AD ×