berita

‘Kenapa Nak Rampas Bapa Kepada Anak-Anak Aku’ – Ibu Anak 4 Pasrah, Suami ‘Disondol’ Si Anak Dara

January 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Kehidupan sebagai suami isteri dalam berumah tangga tidak akan lari dengan pelbagai dugaan. Tambahan pula, kadang kala muncul orang ketiga yang boleh menjadi punca utama keretakan sesebuah rumah tangga.

Seperti perkongsian seorang isteri di laman Facebook, menceritakan nasibnya menjadi janda, anak kepada empat orang anak setelah suaminya berlaku curang dengan wanita lain.

Maafkan papa

Menerusi tangkap layar Whatsapp yang dikongsi, wanita itu ‘tergamam’ bila suaminya memberitahu mahu berkahwin dengan perempuan yang lain. Jelas wanita itu, dia tidak mahu berkongsi kasih dengan perempuan lain dan mahu kes tersebut diselesaikan di mahkamah. Wanita itu kelihatan begitu kecewa dengan tindakan drastik suaminya.

Setelah seminggu lebih..Baru ada kekuatan nak share benda ni. Sehingga aku diceraikan.Kau anak dara kot kenapa mesti nak rampas bapak kepada anak-anak aku… Anak 4 ye bukan 1..Kini bermulalah hidup baru bergelar ibu tunggal.Terima kasih korang berdua.. Allah Maha Esa

Difahamkan, punca keretakan rumah tangga mereka bermula apabila suaminya berkenalan dengan seorang gadis yang berstatus dara lagi. Pada masa yang sama dia mempersoalkan tindakan gadis itu yang seolah-olah merampas kebahagiaan rumah tangga mereka. Lagi menyedihkan apabila menceritakan dia sudah menjadi ibu tunggal kepada empat cahaya mata.

Aku ceraikan talak 1

Menerusi tangkap layar Whatsapp yang kedua, wanita itu hampa apabila suaminya ‘mencanang’ segala keburukannya kepada penduduk kampung. Tidak berakhir di situ, dia cuba untuk mengajak suaminya untuk berbincang namun suaminya mengabaikan pelawaan tersebut.

Menyentuh soal kebajikan anak-anak, suaminya lebih mengutamakan ‘isteri muda’ berbanding anak-anaknya sendiri. Kemuncak kemelut rumah tangga ini berakhir apabila suaminya melafazkan cerai talak satu menerusi Whatsapp. Bekas isterinya ketika itu hanya mampu mengucapkan terima kasih dan tersenyum.

Sempat berbalas komen

Tidak berakhir di situ, bekas suaminya juga ‘kantoi’ pernah komen di laman Instagram gadis tersebut dengan memanggil gelaran sayang. Komen tersebut ditujukan menerusi satu gambar yang dimuat naik oleh gadis itu.

Semoga kuat ya sis!

Dikongsi lebih 2.8k dan memperoleh ratusan komen, rata-rata warganet tampil memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut supaya terus lebih kuat.

Pada masa yang sama, mereka turut mendoakan supaya wanita ini dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×