Pelakon Mira Filzah tidak pernah terlintas untuk menyembunyikan wajah anak lelakinya, Wan Khair Amir yang kini berusia tiga bulan.
Artikel Berkaitan: Mira Filzah Menangis Anak Positif Covid-19
Bincang dengan suami
Menurut Mira, 29, dia tidak mempunyai masalah untuk berkongsi kepada umum.
Bagaimanapun, pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman masih menunggu waktu yang sesuai untuk dikongsikan.
Kenapa nak sorok? Kalau kita keluar rumah nanti, orang tetap akan nampak.
Buat masa ini, akaun itu tidak aktif pun dan cuma ada sekeping gambar. Saya saja buat dulu sebelum ada orang lain menggunakan nama Wan Khair Amir.
Insya-Allah apabila ada gambar bayi kami yang sesuai, kami kongsikan di situ. Saya tidak ada masalah untuk tunjuk wajah anak tetapi sebelum buat sebarang keputusan saya perlu berbincang dengan suami.
Kalau sudah tiba waktu yang sesuai, kami akan paparkan wajahnya di Instagram.
Belum ada pembantu untuk anak
Dalam pada itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda akui rindu untuk kembali aktif berlakon.
Pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH) ini terpaksa menolak tawaran kerana keutamaan diberikan kepada anak.
Perasaan rindu untuk berlakon itu memang ada. Setiap kali tengok drama di TV, saya sering membayangkan alangkah seronoknya jika watak itu saya lakonkan.
Namun, saya belum boleh untuk kembali aktif seperti biasa. Saya tidak ada pembantu untuk menjaga anak. Sebelum ini pun ibu yang menolong menjaga anak kalau ada tugasan di luar negara.
Disebabkan situasi ini, saya terpaksa tolak beberapa tawaran yang datang. Walaupun ada sedikit rasa terkilan, melihat muka anak, hati saya terubat. Saya percaya akan ada rezeki lain selepas ini.
Sekadar info, Mira dan suami, Wan Emir Astar Wan mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dikurniakan Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Sumber: Instagram @mfmirafilzah