berita

Kenapa Orang Bercakap Tentang HUAWEI nova 7i? Haa, Ini Perkara Penting Korang Patut Tau!

March 10th, 2020 | by Epul
Teknologi

Jika dulu, penggunaan telefon pintar hanya terhad kepada membuat panggilan dan menghantar pesanan mesej saja. Kini, tidak lagi! Boleh dikatakan telefon pintar dah menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian.

Seiring dengan perkembangan teknologi, ciri-ciri yang terdapat pada telefon pintar turut dipelbagaikan serta digunakan bagi mengisi waktu seharian. Cuba korang bayangkan sehari tanpa telefon pintar, rasa tak lengkap hidup sebab tak dapat nak tengok video, chatting dengan kawan atau mengetahui perkembangan semasa.

Haa.. Sebab tu, kalau nak beli telefon pintar, pastikan korang pilih model yang mampu memberikan kepuasan maksima seperti HUAWEI nova 7i

Kamera dengan resolusi tinggi. Siap ada night mode!

Pernah tak rasa frust bila dah cantik-cantik pergi event waktu malam, tapi ambil gambar hasilnya tak memuaskan. Gambar jadi pecah atau blur sampai segan nak upload kat media sosial.

Worry no more! Dengan nova 7i, korang boleh dapat kepuasan maksima ketika menggunakannya. nova 7i merupakan telefon pintar mid-range keluaran HUAWEI yang dilengkapi dengan kamera yang beresolusi tinggi tau.

Hadir dengan Supernight Mode 2.0 pada kamera hadapan,  ciri ini mampu mengesan persekitaran gelap kemudian secara automatik mengaktifkan algoritma bagi memberikan hasil yang berkualiti walaupun diambil pada waktu malam.

Kamera belakang Quad 48MP pula membolehkan korang mengambil gambar yang cun dalam pelbagai mod seperti resolusi tinggi, ultra sudut lebar, makro dan potret. Best wei!

Rakam video gaya influencer!

Kalau nak tahu, nova 7i merupakan telefon pintar pertama di pasaran yang dilengkapi kamera video swafoto dan dilengkapi ciri unik seperti kesan kurus semasa merakam video, Augmented Reality (AR), Cut-In video dan AI Beauty.

Persediaan kamera dengan ciri mod unik ini pastinya memberikan korang hasil rakaman video yang lebih berkualiti, tak payah nak download apps tambahan pun. Lepas ni, senanglah nak rakam video untuk upload kat TikTok, Instagram atau Facebook.

Kalau korang suka berkongsi aktiviti seharian di media sosial, dengan nova 7i korang tak perlukan peranti tambahan untuk mengedit video ala influencer sebab korang boleh lakukan semuanya dengan telefon pintar ni. Makin senang kan kerja?

Sentiasa sibuk? SuperCharge penyelesaian mudah korang!

Suka charge telefon waktu tidur? Korang tau tak perbuatan ni bahaya! Dengan membiarkan telefon dicas semalaman, telefon pintar korang akan overcharge dan boleh menyebabkan daya tahan bateri semakin turun. Itulah pentingnya korang memilih telefon pintar yang mempunyai ketahanan bateri yang lama dan mengambil masa yang singkat untuk dicas penuh.

HUAWEI nova 7i dilengkapi dengan pengecas SuperCharge 40W yang mampu mengecas 70% bateri dalam masa 30 minit je. Manakala, bateri 4200mAH mampu bertahan seharian. Lepas ni, korang tak payah nak standby power bank sebab takut bateri habis bila keluar.

Ekosistem pelengkap gaya. Barulah nampak cool!

Kalau korang perasan HUAWEI dah mula memadankan telefon pintar dengan peranti-peranti yang korang sentiasa gunakan dalam kehidupan seharian. Peranti inilah yang membentuk ekosistem HUAWEI.

Ni kami share 4 peranti utama HUAWEI yang kalau dipasangkan dengan telefon pintar korang memang nampak tech savvy habislah!

FreeBuds 3: Bukan sekadar earphones untuk mendengar lagu atau menjawab telefon saja. Korang boleh padankan HUAWEI nova 7i dengan FreeBuds 3 dan jika nak berswafoto bersama rakan-rakan, hanya perlu tap 2 kali saja pada FreeBuds 3.

Watch GT2: Salah satu tip nak nampak elok di depan kamera haruslah memiliki tubuh badan yang fit dengan mengamalkan gaya hidup aktif. HUAWEI Watch GT2 bukan je melengkapkan gaya ketika bersenam, malah boleh menjejak aktiviti yang korang lakukan dengan tepat selain memantau kadar denyutan jantung. Korang juga boleh hiaskan gambar korang atau yang tersayang pada wallpaper Watch GT2.

MateBook D15: Banyak sangat gambar atau selfie dalam telefon? Jangan buang sebab dengan HUAWEI Share korang boleh pindahkan gambar ke MateBook D15 dengan mudah.

Gentle Monster: Orang kata cermin mata ni pelengkap gaya. Padankan HUAWEI nova 7i korang dengan HUAWEI x Gentle Monster Eyewear. Barulah nampak lagi swag!

Mudahnya dengan HUAWEI Mobile Services dan AppGallery!

Hidup rasa tak lengkap tanpa aplikasi seperti Facebook, WhatsApp, Twitter, TikTok, JOOX atau perkhidmatan perbankan? Jangan risau, dengan HUAWEI nova 7i semua aplikasi ni korang boleh download dengan mudah melalui HUAWEI AppGallery.

HUAWEI sekarang sedang mengukuhkan lagi kerjasama dengan pembekal perkhidmatan tempatan bagi memastikan aplikasi harian pengguna tempatan boleh diakses dengan mudah di AppGallery.

Wany Hasrita pun guna HUAWEI nova 7i. Memang cun habis!

Ishh… Lepas tengok Wany Hasrita pun guna HUAWEI nova 7i, terus rasa nak beli. Korang tau tak yang nova 7i ni boleh dimiliki pada harga RM1,099 je!

So, apa tunggu lagi? Nikmati 0% faedah dan 0% yuran pemprosesan dengan Pelan Ansuran Pakej Together 2020 HUAWEI SMART LIFE sehingga 12 bulan kurang RM5 sehari*. Takpun, korang boleh beli HUAWEI nova 7i pada harga RM1,099 dan dapat HUAWEI Band 4 secara PERCUMA!

Tampil dengan 3 warna menawan bersama kemasan metalik pilihan warna Sakura Pink, hitam, dan Crush Green pastinya sesuai dipadankan mengikut gaya korang. Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai HUAWEI nova 7i atau pelan ansuran yang ditawarkan, layari je Facebook HUAWEI atau terus ke laman rasmi  HUAWEI sekarang!

Psstt.. HUAWEI nova 5T ada warna baru iaitu Crush Green tau. Cantik sangat warna dia! Untuk model nova 5T, ia dijual pada harga RM1,399. Kalau korang berkenan, jangan lupa singgah ke HUAWEI Shop untuk milikinya hari ni juga!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×