
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah, meluahkan perasaan yang sukar digambarkan selepas melalui fasa kelahiran anak pertamanya, Akira Juwita Zahra.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Akira Menjadi Pengikat Kasih Antara Mummy, Daddy, Kakak & Abang-Abang’ – Watie Hanifiah
Luahan Watie
Menerusi perkongsian di Threads, Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, mengakui ada ketika dia kelihatan tenang dari luar, namun hakikatnya menyimpan pelbagai rasa di dalam hati.
Di luar nampak tenang, di dalam punya seribu satu rasa.
Dalam pada itu, Watie turut mengajukan persoalan kepada ibu-ibu lain yang mungkin mengalami perkara sama selepas melahirkan anak.
Menurutnya, walaupun usia anak bakal mencecah lima bulan, perasaan tersebut masih dirasainya sehingga kini.
Siapa ibu yang lepas bersalin sampai sekarang anak nak masuk lima bulan pun masih ada rasa yang sebegini?
Adakah sebab baby masih menyusu badan?Berapa lama rasa yang sebegini akan ada?
Tambah Watie dirinya juga sukar untuk memahami serta meluahkan perasaan tersebut.
Bagaimanapun, Watie reda dan menyedari setiap pengorbanan yang dilalukan adalah demi cahaya mata kesayangannya itu.
Kenapa rasa ini wujud selepas kita melahirkan?
Rasa yang susah nak diungkap yang kadang ada ketika sampai rasa nk termuntah.
Tapi bila pandang anak, hati terus terdetik, kalau inilah harga yang harus Mummy bayar selepas mendapatkan seketul ‘Akira’.
Tak apalah Mummy tempuh dengan tenang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kaum ibu turut berkongsi perasaan yang sama seperti Watie.
Menurut mereka, perasaan itu hadir berkemungkinan atas faktor emosi terutama bagi wanita yang sedang menyusukan anak kecil.
Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.
Hasil perkahwinan, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 April lalu.
Sumber: Threads