berita

Kenapa Watsons Meriah Sangat? Ini antara tawaran SYOK yang korang wajib rebut!

July 29th, 2020 | by Asyraf Khalib
Kini Trending

Bila sebut pasal Watsons, mesti semua orang excited lain macam. Mana taknya, sebelum ni ada banyak giler promosi Watsons yang dah bikin ramai pembaca OHBULAN! tak senang duduk.

Memandangkan sambutan tak pernah mengecewakan, kali ni kami nak kongsi berita gembira sempena Watsons Syokathon pulak guys! Apa yang pasti Syokathon bakal buat korang jimat berlipat kali ganda tau.

Diskaun hebat sehingga 50% & diskaun ekstra 30% untuk ahli Watsons!

Sempena promosi Syokathon, Watsons menawarkan diskaun sehingga 50% untuk semua pelanggan setia mereka. Tak cukup dengan itu, ahli Watsons pula berpeluang enjoy 30% lagi diskaun tambahan. So, korang yang belum jadi ahli Watsons tu, cepat-cepatlah daftar sebelum terlambat.

Korang nak shopping secara online atau walk-in ke Watsons berhampiran itu adalah pilihan masing-masing. Apa yang pasti kami cuma nak ingatkan ini adalah masa terbaik untuk korang grab sebanyak mungkin produk penjagaan diri, suplemen kecantikan atau produk kesihatan sebab tengah murah sakan wei.

Lebih ganjaran kalau guna e-Wallet

Selain mendaftar sebagai ahli Watsons, satu lagi tip untuk korang jimat sakan sepanjang promosi Syokathon ialah membuat pembayaran dengan menggunakan aplikasi Boost, GrabPay atau Touch ‘n Go eWallet.

Kalau nak tahu, apabila korang berbelanja minima RM100 di Watsons, korang boleh enjoy ganjaran bernilai RM10 tau. Siapa je nak bagi RM10 percuma macam tu je kan? Memang syok sakanlah!

Nak menang Nissan Almera pun boleh!

Eh ganjaran RM10 tadi tu tak cukup ke? Haa… jangan susah hati sebab Watsons ada hadiah lagi power sempena meraikan ulang tahun ke-10 ahli WatsonsSo, jangan lepaskan peluang untuk berbelanja sakan bermula 28 Julai hingga 28 September 2020 sebab korang semua ada chance untuk bawa pulang kereta baru iaitu Nissan Almera!

Nak ikut serta peraduan ni senang je. Korang cuma perlu berbelanja minima RM100 dalam satu resit dan buat pembayaran menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet serta jangan lupa untuk imbas QR kod dalam poster di bawah untuk hantar penyertaan korang. Hm.. mana tahu, tahun ni dapat makan angin dengan kereta baharu.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, klik sini.

Hair Fair bikin lagi syok

Kejap guys belum habis lagi. Kami ada satu lagi berita yang boleh bikin mood shopping korang bertambah onz sebab Watsons juga ada Hair Fair yang menawarkan hadiah istimewa secara PERCUMA kepada pelanggan yang membeli produk penjagaan rambut.

Caranya korang cuma perlu berbelanja RM20 dan ke atas untuk mendapatkan Pek Percubaan Mise en Scene (6ml) atau beli mana-mana jenama produk rambut yang mengambil bahagian sebanyak RM80 ke atas bagi mendapatkan produk Hair System daripada Watsons Hair Mask secara percuma!

Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Ada insurans percuma untuk ahli Watsons

Eh guys, belum habis lagi! Kalau korang nak tahu, bermula sekarang ahli Watsons boleh menebus insurans hayat PERCUMA dengan perlindungan khas COVID-19. Korang yang baru mendaftar sebagai ahli Watsons pun layak enjoy manfaat ni.

Tapi korang kena cepat tau sebab tawaran ini eksklusif untuk ahli Watsons je dan ianya terhad 20,000 untuk pendaftaran pertama.

Maklumat lanjut tentang tawaran insurans daripada Watsons ni, korang boleh baca kat sini.

Jom serbu Watsons sekarang!

Promosi Syokathon akan bermula pada 28 Julai hingga 31 Ogos di Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak pula akan bermula pada 4 Ogos hingga 7 September 2020.

Haa… fikir apa lagi tu? Sekarang ni nak shopping pun dah senang tau. Kalau korang malas nak beratur panjang, beli je secara online. Apa pun, jangan lepaskan peluang keemasan ni ya. Jom shopping sekarang di Watsons!

SKIP THIS AD ×