berita

Kencing & Najis Ada Pasir, Batu, Jarum, Wanita Derita Sakit Misteri Naik 300kg Dalam Masa 3 Bulan

November 12th, 2019 | by faris
Kini Trending

Walaupun kita akan menjengah tahun 2020 tidak lama lagi, perbuatan membabitkan ilmu mistik masih diamalkan oleh segelintir ahli masyarakat. Seorang wanita, Nur Izzati Afiqah Hussian berdepan dengan sakit misteri yang tidak dapat dijawab dengan penjelasan saintifik.

Derita sejak Ogos

Leher Nur Izzati bagaikan dicekik sehingga mengalami sesak nafas dan dalam perutnya terasa ada objek bergerak. Lebih pelik, susuk tubuhnya yang berasal dari Kampung Gaung, Tendong di Pasir Mas yang asalnya 150 kg, kini dianggarkan lebih 300 kg. Perubahan drastik itu berlaku dalam masa 3 bulan!

Nur Izzati mula menderita sejak Ogos lalu apabila dia merasa sakit di beberapa bahagian badan dan tidurnya diganggu kejadian mistik.
Pada awal diserang penyakit misteri ini saya masih mampu berjalan, sebelum masuk ke bulan seterusnya yang menyebabkan fizikal semakin besar dan terpaksa mengengsot.

Tiga minggu kebelakangan ini keadaan saya semakin teruk yang mana sudah tidak mampu bangun dan hanya terlantar di atas tilam.

Ada benda asing

Ibu Nur Izzati, Maheran Daud percaya anaknya itu menghidap sakit misteri berdasarkan penemuan benda asing di dalam air kecil dan najis.

Saya percaya Afiqah mengalami penyakit misteri kerana kerap juga dia membuang air kecil atau najisnya mengandungi pasir, batu atau jarum yang ada kalanya menyebabkan Afiqah takut (membuang air) kerana terlalu sakit.

Beberapa bahagian tubuhnya termasuk payudara, pinggul serta kemaluannya pernah membengkak dua kali ganda dari biasa dan ia menimbulkan rasa simpati setiap kali Afiqah merintih.

Ujar Maheran lagi, sejak dilaporkan media, ramai pengamal perubatan Islam dan tradisional dipanggil untuk merawat Izzati, namun sehingga kini keadaannya masih tidak pulih. Warga emas ini turut merayu kepada orang ramai sekiranya ada pakar yang boleh merawat, diminta tampil membantu mereka.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.