Peminat muzik jazz bakal disajikan persembahan memukau daripada legenda saksofon dunia, Kenny G yang kembali ke Malaysia menerusi konsert ‘King of Saxophone’ Kenny G 2026 World Tour in Malaysia.

Kenny G kembali ke Malaysia

Konsert yang dianjurkan oleh Everbeat Entertainment dengan kerjasama CEOMAN Entertainment itu dijadual berlangsung di Arena of Stars pada 12 Julai 2026 jam 6 petang.

Nama Kenny G sememangnya tidak asing dalam dunia muzik antarabangsa apabila dia diiktiraf sebagai antara pemuzik instrumental paling berjaya sepanjang zaman. 

Sepanjang lebih empat dekad berkarya, Kenny G berjaya menambat hati jutaan peminat beberapa lagu hit iaitu Songbird, Forever in Love dan Silhouette.

Dengan jualan album melebihi 75 juta unit di seluruh dunia, Kenny G terus membuktikan pengaruh besarnya dalam industri muzik global. 

Malah, Kenny turut pernah bekerjasama dengan ramai artis terkenal antarabangsa termasuk Celine Dion, Andrea Bocelli, Andy Lau, Kanye West, The Weeknd serta Charlie Puth.

Konsert ini dijangka membawa pengalaman muzik yang cukup eksklusif dengan gabungan elemen nostalgia, romantik dan persembahan instrumental bertaraf dunia. 

Penonton bukan sahaja bakal dihiburkan dengan alunan saksofon ikoniknya, malah turut menikmati produksi pentas elegan yang pastinya meninggalkan kenangan manis buat para peminat.

Tiket konsert kini boleh didapati menerusi MAISEAT dan Resorts World Genting dengan harga RM668 bagi kategori VIP, RM558 (PS1), RM458 (PS2), RM358 (PS3) dan RM258 untuk kategori PS4.