Memiliki kulit wajah yang sihat, glowing sememangnya merupakan satu anugerah tau. Zaman sekarang ni bukan sahaja wanita, lelaki pun dah mula menitik beratkan tentang penjagaan kulit.
Bukan nak cakap apa lah, kita ni memang pantang tengok orang share pasal tips, petua kecantikan sikit atau produk apa yang mereka guna mesti nak terus ‘save post’ kan?
Maklumlah orang zaman sekarang ni lebih memilih untuk memandang rupa dulu sebelum mengenal hati budi masing-masing.
“Kenapa bintik hitam aku makin gelap ni? Malunya nak keluar rumah. Someone TOLONG!!”
Penemuan bahan ‘ajaib’ selepas 10 tahun?
Revolusi kecantikan kini semakin pesat berkembang disebabkan banyak kajian yang telah dilakukan untuk memastikan kita semua memiliki kulit yang wajah yang sihat dan glowing.
Tapi apa yang min perasan, zaman sekarang ni ramai orang yang mengalami masalah bintik hitam pada wajah sehingga menyebabkan ada sesetengah yang rasa insecure dan malu nak keluar rumah, korang setuju tak?
Akhirnya setelah 10 tahun melakukan kajian, satu bahan aktif telahpun dijumpai dan sememangnya terbukti merawat masalah kulit dan mampu mengurangkan tanda-tanda pigmentasi seperti bintik hitam atau hiperpigmentasi.
Agak-agak korang bahan apa yang ahli-ahli dermatologi ni jumpa?
Bahan aktif yang min maksudkan ialah Thiamidol, bahan ini merupakan antara 50 ribu bahan aktif yang telah diuji dan ianya dihasilkan menggunakan teknologi khusus daripada Jerman tau. Bukan biasa-biasa!
Berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan oleh ahli dermatologi, Thiamidol terbukti menghilangkan bintik-bintik hitam sehingga 75% dalam masa dua minggu je! Macam tak percaya kan!
Haaaa…Mesti korang tertanya-tanya produk apa yang ada Thiamidol ni kan? Hihih!
Ini punca masalah pigmentasi atau bintik hitam!
Untuk pengetahuan korang, pigmentasi merupakan masalah tona kulit tidak sekata.
Proses pigmentasi ini terjadi akibat peningkatan pengeluaran melanin berlebihan atau overproduction of melanin yang terhasil daripada sel melanocytes semasa proses penyembuhan radang atau jerawat.
Melanin ini juga berfungsi untuk memberikan warna pada kulit dan apabila warna yang diberikan berlebihan, maka terjadilah parut yang lebih gelap daripada tona asal kulit. Bukan setakat tu je, ia juga mampu menjadi lebih teruk kalau korang biarkan macam tu je tau.
“Haihh, jerawat dah hilang, tapi kenapa ada tompok hitam pulak ni?”
Sebenarnya bintik hitam ni merupakan “ole-ole” yang ditinggalkan oleh jerawat sebagai hadiah perpisahan kepada kita.
Faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini ialah dari segi pemakanan, gaya hidup, cuaca, peningkatan usia, salah menggunakan produk kecantikan dan sebagainya.
Kulit wajah merupakan aset yang paling berharga jadi janganlah salah pilih produk skincare ya guys.
Bintik hitam musuh nombor 1 rakyat Malaysia!
Kita semua tahu yang bintik hitam atau pigmentasi memang selalu jadi ‘musuh’ nombor 1 untuk mendapatkan kulit yang cerah sekata betul tak?
Nasib baik ada Eucerin Spotless Brightening Booster Serum ni, kalau tak memang min tak keluar rumah lah, insecure sangat tengok kulit wajah kusam dan penuh dengan bintik hitam.
Kalau korang nak tahu, Thiamidol ni telah dipatenkan dan merupakan bahan eksklusif ciptaan para saintis Eucerin selepas melakukan pelbagai kajian tau. Eucerin memang tak pernah mengecewakan kita.
Thiamidol ini berfungsi pada *peringkat selular (akar)*, dan pada masa yang sama ia mampu menghalang tirosinase dari mengeluarkan enzim melanin atau pigmen yang berlebihan pada kulit wajah.
Eucerin Spotless Brightening Booster Serum juga mengandungi Asid Hyaluronic yang membantu menghidrat kulit secara mendalam dan memberikan kelembapan sehingga 98% pada wajah.
Dengan penggunaan yang konsisten, bintik hitam akan semakin berkurangan. Tekstur Eucerin Spotless Brightening Boosting Serum juga tidak melekit malah ia membantu kulit wajah kelihatan lebih anjal tau. Bestnya!
Lakukan aktiviti harian dengan penuh keyakinan!
Cuaca yang tak menentu macam sekarang memang boleh menyebabkan kulit wajah kita senang terhidrat dan tampak lebih kusam tau.
Penggunaan produk skincare yang salah juga menyebabkan kulit menjadi kering. Disebabkan ni mesti ramai yang tak nak keluar rumah sebab takut kulit wajah makin teruk kan?
Tak kan nak duduk dalam rumah je sepanjang masa!
Rindu nak beriadah bersama tersayang? Rindu nak hangout, foodhunting? Guna je, Eucerin Spotless Brightening Booster Serum selesai masalah.
Lepas ni, korang dah tak perlu risau nak lakukan aktiviti harian sebab takut terdedah dengan cahaya matahari yang mampu mengakibatkan masalah bintik hitam. Serlahkan keyakinan dengan Eucerin.
Amacam, ngam tak ngam?
Tapi apa-apa pun, min nak pesan setiap pengunaan produk skincare pasti memakan masa sikit, korang jangan ingat pakai hari ni esok bangun-bangun terus cantik!
Haaa…Nak cantik ni sebenarnya tak susah pun, apa yang penting korang kena gunakan produk yang sudah terbukti keberkesanannya dan gunakan secara konsisten.
Jadi tunggu apa lagi cepat dapatkan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum SEKARANG, di Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring. Run bestie run!
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Eucerin Malaysia.