Bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James mencuri tumpuan netizen selepas dirinya didakwa mencetuskan kontroversi melalui kenyataan berkaitan bantahan kempen Black Lives Matter di Amerika Syarikat.
Menerusi Instagram, Samantha berharap perusuh antipolis di Amerika Syarikat dapat menerima situasi yang berlaku sebagai cabaran. Susulan daripada itu, netizen menganggap kenyataan tersebut sesuatu yang memalukan negara dan berharap gelaran Samantha ditarik balik.
Memalukan negara
Menurut Samantha, dia mendakwa melawan adalah perkara yang tidak boleh menyelesaikan sesuatu masalah. Meskipun dirinya tidak menetap di Amerika, isu tersebut tidak mempunyai kaitan dengan dirinya. Namun, bagi dirinya orang kulit putih telah menang. Tambahnya lagi, jika seseorang tengah marah dan mereka secara tidak langsung akan memberi reaksi dalam keadaan ganas dan jiwa terseksa. Itu juga bermaksud ia berkuasa ke atas semua dan memiliki kuasa ke atas semua.
Namun, Samantha yang juga pelakon itu terus mengundang rasa kurang senang netizen apabila dia meminta orang berkulit gelap di Amerika Syarikat agar menerima situasi yang berlaku sebagai cabaran.
Kurang pemahaman tentang dunia
Menerusi Facebook Kerry Chin, wanita ini menganggap tindakan Miss Universe tersebut menunjukkan dirinya kurang pemahaman tentang dunia. Ianya juga dianggap seperti katak di bawah tempurung. Tambahnya lagi, Samantha tidak berada di situasi yang dihadapi oleh orang berkulit gelap setiap hari.
Terdahulu, rusuhan yang berlaku di kebanyakan bandar di Amerika Syarikat berpunca daripada kematian George Floyd pada 25 Mei lalu selepas dia ditahan anggota polis, Derek Chauvin, atas dakwaan menggunakan wang palsu. Rakaman video menunjukkan Chauvin menekan lututnya di leher Floyd walaupun dia berulang kali menyatakan tidak boleh bernafas tersebar di media sosial dan membangkitkan kemarahan ramai.
Response to social media post
Menerusi Instagram Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO), mereka turut kecewa mengenai posting yang dimuat naik Samantha. Mereka turut perhatikan bahawa terdapat catatan yang tidak sesuai, menyinggung perasaan, tidak dapat diterima dan menyakitkan hati masyarakat. Tambah mereka, Samantha sudah tidak lagi bersama organisasi tersebut sejak Jun 2018 lagi.
Sumber: Kerry Chin & Miss Universe Malaysia