berita

‘Kenyataan Dia Buat Saya Menggigil’ – Dakwa Allahyarham Zulfarhan Jadi Punca, Diana Danielle Amuk Dengan Wanita Twitter

November 5th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Selepas empat tahun menanti keputusan kes pembelaan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) iaitu Allahyarham Zulfarhan Osman, akhirnya keluarga mangsa menarik nafas lega apabila 18 penuntut UPNM didapati bersalah atas dakwaan membunuh serta bersubahat mencederakan mangsa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Maafkan Kesemua Mereka, Walaupun Mereka Tidak Pernah Minta Maaf’ – Ayah Arwah Zulfarhan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kes Bunuh Arwah Zulfarhan, 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah

Wanita tuduh Allahyarham punca

Bagaimanapun, muncul seorang wanita di laman Twitter yang menuduh Allahyarham menjadi penyebab utama kejadian itu berlaku.

Kau tak nak tanya apa punca semua ini? Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi macam ini?

Kenyataan dia buat saya menggigil

Ciapan itu telah membuatkan aktres Diana Danielle bersuara. Tegas Diana menerusi Instagram Stories miliknya, wanita terbabit tidak seharusnya berpihak kepada pembuli apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah menjatuhkan hukuman.

Pandainya bercakap. Perangai awak tu elok sangat ka sampai layak untuk hidup? Akaun Twitter dia sudah tiada tapi kenyataannya buat saya menggigil. Ia sangat membimbangkan apabila ada orang seperti dia boleh berpihak kepada pembuli dan penindas!

Undang-undang sudah dilaksanakan dan semua mereka akan menjalani hukuman. Kami tidak perlukan pendapat anda.

Dalam pada itu, isteri kepada pengarah dan pelakon Farid Kamil menyatakan dia tidak boleh ‘pejam mata’ kerana mempunyai dua orang anak.

Katanya lagi, budaya membuli perlu dihentikan serta merta apabila sudah berulang kali terjadi sehingga menyebabkan kematian.

Keadilan untuk Zulfarhan. Hentikan budaya membuli di institusi! Membina jati diri tak ada kena mengena dengan membuli.

Sudah banyak kali kes buli sehingga menyebabkan kematian. Jadi, macam mana saya nak terus berdiam diri? Saya juga mempunyai anak-anak.

Terdahulu, enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Zulfarhan.

Keenam-enam tertuduh bersama 12 lagi turut dijatuhi hukuman tiga tahun penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa mencuri komputer riba.

Kedua-dua kesalahan itu, masing-masing didakwa dilakukan di Bilik 04-10, Blok Penginapan Asrama Jebat di UPNM, antara jam 4.45 dan 5.45 pagi pada 22 Mei 2017 serta bilik 03-05 asrama yang sama, antara jam 2.30 dan 5.30 pagi 21 Mei 2017.

Allahyarham Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Sumber: Instagram @dianadanielleb

SKIP THIS AD ×