berita

Kenyataan Dimanipulasi, Lufya Tidak Lagi Rapat Dengan Tunku Abdul Jalil

June 19th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

lufya tv3-2

Sekitar awal Jun lalu, secara tiba-tiba kecoh isu Lufya dikatakan bercinta dengan seorang kerabat Johor. Apabila diselidiki, rupanya kerabat yang dimaksudkan ialah Tunku Abdul Jalil.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut ditepis sekerasnya oleh Tunku Abdul Jalil yang menganggap bahawa ia sekadar gosip murahan. Dek kerana respon itu, maka ramailah yang menggelar Lufya sebagai perempuan ‘syok sendiri‘ dan berangan mahu jadi ‘cinderella’. Aduiyai.

Malah, lebih teruk lagi, Lufya yang ditemui di Majlis Ramadhan & Raya Media Preview anjuran Media Prima mengatakan bahawa hubungan persahabatan mereka yang sudah terjalin selama 10 tahun juga berakhir dek kerana isu tersebut.

lufya tv3-1Lufya sudah tidak berhubungan dengan Tunku Abdul Jalil

“Saya pernah mesej dia beritahu ada orang keluarkan artikel yang bukan-bukan. Tapi mungkin dia tukar nomboor atau tak nak orang ganggu dia.

Perkara itu sebenarnya dimanipulasi daripada kawan biasa ke luar biasa. Padahal kami hanya berkawan baik. Tak dinafikan, perkara ini merosakkan nama baik Lufya.

Saya cakap benda yang betul dan saya tak pernah mencari perkara kontroversi. Tapi disebabkan ada pihak yang cuba memperbesarkan isu ini, nampak macam saya yang sengaja timbulkan perkara yang luar biasa.”

Apapun, diharapkan hubungan persahabatan mereka akan kembali pulih selepas ini. Takkan sebab isu ini nak putus kawan terus kan?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×