Kemelut rumahtangga pelakon, Fizo Omar dan usahawan, Mawar Karim akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah cara baik. Walaupun tidak dinyatakan sebab utama penceraian, ramai yang membuat penilaian sendiri berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan mereka.
Memetik laporan portal Astro Gempak, Fizo Omar memberitahu ada kenyataan dimanipulasi oleh sesetengah pihak.
Mawar seorang yang baik
Kata Fizo, hubungannya dengan bekas isteri adalah baik-baik sahaja dan mereka sekeluarga tidak bermasam muka. Malah, Mawar sendiri baru bertemu ibu untuk mengambil anak, Wan Maryam.
Saya sendiri kurang jelas apa yang Mawar cuba sampaikan. Tetapi saya percaya Mawar seorang yang baik, dia tidak akan memburukkan mak mertua sendiri.
Mawar baru sahaja bertemu dengan mak saya untuk mengambil Maryam. Tiada pergaduhan berlaku. Saya dengan mak Mawar pun okey, tidak bermasam muka.
Fizo juga menepis dakwaan kononnya penceraian disebabkan oleh campur tangan ahli keluarga. Jelas Fizo, kenyataan yang dikeluarkan dirinya dan Mawar dimanipulasi.
‘Ada kata saya anak mak’ – Fizo
Bila saya dan Mawar bagi kenyataan, kenyataan kami dimanipulasi. Mereka menyalahkan keluarga Mawar dan juga keluarga sebelah pihak saya. Ada yang kata saya anak mak.
Isu anak mak itu tak tahulah… memang dari dulu lagi, hampir berbelas-belas tahun. Saya jaga mak saya. Mak saya seorang ibu tunggal, dia pun menghidap kencing manis serta mempunyai masalah penglihatan.
Arwah ayah saya meninggal, saya mengambil tanggungjawab untuk menjaga mak saya. Macam mana mak saya mendidik saya, macam itulah saya mendidik anak saya untuk menjaga maknya.
Tambah pelakon ini lagi, sejak bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu dia mengambil tugas menjaga ibu dan adik beradik.
Sumber : Astro Gempak