berita

Kenyataan Rasmi: Permohonan Maaf Kepada Chef Wan & Keluarga

January 5th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berikutan posting ‘Mak Chef Wan Meninggal Dunia’ semalam (Rabu), pihak OhBulan! ingin memohon maaf kepada Chef Wan dan seluruh ahli keluarga kerana menyiarkan berita tersebut tanpa memeriksa kesahihannya.

Permohonan maaf

Buat pengetahuan Chef Wan, artikel tersebut disiarkan berikutan salah faham yang berlaku tatkala pihak OhBulan! membaca hantaran yang dimuat naik di Instagram. Selain itu, komen-komen daripada rakan artis dan peminat juga menjadi salah satu faktor artikel itu dibuat.

Tidak menunggu lama, pihak OhBulan! menyedari artikel berkenaan terdapat kesalahan gara-gara tidak memahami maksud keseluruhan kapsyen yang ditulis. Oleh itu, kami bertindak segera memadam artikel tersebut di portal dan juga semua platform media sosial.

Akhir kata, pihak Ohbulan! memohon maaf sekali lagi dan mendoakan agar urusan Chef Wan dan keluarga dipermudahkan Allah S.W.T.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×