Pelakon, Norreen Iman meluahkan hasrat untuk bergandingan dengan aktor hebat, Beto Kusyairy dalam sebuah naskhah drama atau filem.

Artikel Berkaitan: ‘Para Suami Kalau Dah Bangun Subuh Jangan Solat Lalu Tidur, Uruskan Anak Juga’ – Norreen Iman

Artikel Berkaitan: Beto Kusyairy Tegur Penghutang, Mohon Lunaskan Segera – ‘Job Ada, Pergi Bercuti Tanpa Malu’

Norreen mahu berlakon dengan Beto

Menerusi satu perkongsian di Threads, Norreen secara terbuka meminta peluang daripada mana-mana pihak produksi untuk merealisasikan impian tersebut.

Kepada para penerbit, saya Norreen Iman. Saya ada satu hajat yang sudah lama terpendam. Saya boleh berlakon, insya-Allah ada juga elemen kelakar.

Kalau babak menangis, mungkin rupa tak berapa cantik, tapi kalau berlari itu nampak macam brisk walk sikit. Boleh tak saya nak berlakon dengan abang Beto Kusyairy?.

Dalam nada yang mencuit hati, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menyatakan kesediaannya untuk memberikan komitmen penuh sekiranya diberi peluang, termasuk melakonkan babak mencabar.

Kalau dapat babak abang Beto lempang saya dari jauh pun tak apa, jangan risau, saya boleh terus ‘mati’ di situ. Izinkan saya cuba.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur dengan cara Norreen menyampaikan hasratnya, selain berharap impian pelakon itu menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Sumber: Threads