berita

Kepala Dihantuk Ke Dinding & Dipukul Dengan Penyapu, Zulin Aziz Akui Pernah Didera Amah Semasa Kecil

March 19th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Kisah tentang penderaan pembantu rumah yang tular di media sosial baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyifatkan majikan tersebut sebagai tidak berhati perut dan tidak kurang juga yang bersimpati dengan nasib pembantu rumah terbabit.

Terbaru pengacara terkenal, Zulin Aziz berkongsi kisah masa kecilnya yang pernah didera oleh pembantu rumah yang diupah oleh ayahnya.

‘Kepala aku dihantuk-hantuk ke dinding..’

Zulin menceritakan bahawa dia pernah didera sehingga jiran sebelah rumahnya membuat aduan kepada arwah ayahnya ketika itu.

‘Aku mengadu sorang pun tak percaya..’

Katanya lagi, orang gajinya ketika itu sering berpura-pura baik semasa dihadapan bapanya sehingga menyebabkan aduan yang dibuat olehnya sendiri tidak dipercayai.

‘Mak ayah sibuk kerja, out station kesana kemari..’

Zulin juga mengakui bila teringat semula kejadian tersebut membuatkan dirinya merasa takut.

‘Kejamnya majikan dera amah ni’

Dalam pada itu, Zulin juga sempat menyelar kes penderaan orang gaji oleh majikannya yang tular baru-baru ini.

Credit: ZulinAziz

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×