berita

Kepala Ditetak Dengan Parang, Isteri Bawa Kandungan 7 Bulan Jalan Kaki Selama 2 Jam Untuk Selamatkan Diri

November 3rd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Ada sesetengah individu yang menganggap bahawa ikatan perkahwinan ini merupakan satu pertaruhan dan percaturan. Hal ini kerana, tidak semua perkahwinan akan menjanjikan kebahagiaan yang berpanjangan. Setiap pasangan pasti akan merasai asam garam dalam rumahtangga.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Francis Ngu Hown Hua ada berkongsi tentang sebuah kisah yang dilalui oleh seorang wanita apabila dia didera dan dipukul oleh suaminya sendiri.

Mangsa keganasan rumahtangga

Mangsa, Christina Anak Anggan yang berusia 24 tahun dikatakan menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Dia sanggup berjalan kaki selama 2 jam semata-mata untuk menyelamatkan dirinya daripada terus dipukul oleh suaminya sendiri.

Christina pada ketika itu sedang membawa kandungan 7 bulan dalam perut bersama anak perempuan Chatrine 4 tahun berjalan kaki lebih 2 jam dari ladang untuk meminta pertolongan.

Laporan polis telah dibuat

Bukan 10 kali sudah tetapi lebih 50 kali dipukul suami, ada sekali sampai pecah kepala ditetak pakai parang sampai 7 jahitan.

Itu lah yang diceritakan oleh ayahnya yang kebetulan membawa baju Christina dan anak dari Ulu Sebauh. Kali ini mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan pelaku sudah pun ditahan reman.

Tumpang rumah sepupu hingga bersalin

Disebabkan kampung Christina jauh dari pekan Sebauh, dia perlu mengambil masa selama 2 jam perjalanan menaiki kereta baru boleh sampai. Beliau terpaksa menumpang di rumah sepupu di Sg Plan sehingga anak dalam kandungannya dilahirkan.

Ibu bapanya juga tiada pekerjaan dan hanya berkebun tidak mampu untuk menyara mereka sekeluarga. Mereka sudah disarankan supaya membuat pemohonan di Jabatan Kebajikan untuk meringankan beban mereka sekeluarga kerana Christina tiada sebarang simpanan dan kewangan masa melarikan diri.

Netizen simpati

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib malang yang menimpa Christina dan anaknya itu. Mereka juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap suami mangsa.

Sumber: Francis Ngu Hown Hua

SKIP THIS AD ×