berita

Kepala Dua Beranak Mangsa Bunuh Kerat 8 Disembunyikan Atas Siling

October 14th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila mayat dua beranak mangsa bunuh ditemukan dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong, Melaka pada Khamis lalu. Apa yang lebih mengejutkan, hanya bahagian badan dijumpai tanpa kepala.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, bahagian kepala dua beranak yang menjadi mangsa pembunuhan kejam itu dijumpai di siling rumah mangsa di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka.

Dijumpai di siling rumah

Menurut sumber, kepala wanita dan kanak-kanak lelaki itu ditemui sepasukan polis di rumah mangsa pada Jumaat lalu. Kedua-dua bahagian itu ditemui di atas loteng rumah dua tingkat yang didiami mereka sekeluarga. Ekoran daripada penemuan itu, keluarga mangsa turut hadir ke Jabatan Forensik Hospital Melaka, semalam untuk pengesahan.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim, penemuan kepala mangsa tidak dapat didedahkan kerana dikhuatiri menganggu siasatan. Tambahnya, usaha pencarian bahagian pergelangan tangan juga masih dilakukan setelah difahamkan bahagian itu dibuang ke dalam tong sampah.

Bahagian tangan belum dijumpai dan ia masih dicari dalam melengkapkan bahagian badan yang lain. Ia difahamkan dibuang ke dalam tong dan kemudiannya diangkut oleh pihak ditugaskan untuk dibuang selain sudah lama.

Dicampakkan di kawasan semak

Terdahulu, suspek yang juga suami mangsa, dilaporkan menghantar anaknya ke rumah mertua seperti biasa pada hari Selasa. Menurut kakak mangsa, Norhafizah Bidin, adik iparnya menghantar anak dalam keadaan yang tenang tanpa menunjukkan reaksi mencurigakan. Namun, pihak polis telah berjaya menahan lelaki warga Singapura itu kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam kedua-dua mangsa.

Sumber: Harian Metro, The Straits Times & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×