berita

Kepala Hingga Dada Dilanggar Teruk Hilux, Gadis Ini Cerita Kemalangan Ngeri Timpa Ayah

June 10th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Malang tidak berbau. Begitulah situasi yang boleh digambarkan melalui perkongsian dari Nur Azieka ini. Dia kongsikan kisah kemalangan ngeri yang menimpa ayahnya ketika menunggang motosikal ketika hendak ke tempat kerja.

Keadaan ayahnya semakin parah apabila sebuah kenderaan jenis Hilux melanggar di bahagian kepala hingga ke dada. Akibat kemalangan tersebut, mangsa perlu menjalani pembedahan akibat daripada tulang rusuk dan bahu patah.

Semoga ayah kuat

Gadis ini berkongsi perkembangan terkini dimana ayahnya itu sudah mula sedarkan diri. Kesan dari kemalangan tersebut, mangsa mengalami 6 tulang rusuk dan dibahagian bahu patah. Dahi dan bahagian mata dijahit. Manakala, rahan berlubang hingga ke tulang dan tangan juga berlubang.

Terbaring berlumuran darah

Mangsa dijumpa orang awam dalam keadaan terbaring berlumuran darah. Rata-rata mengatakan mangsa tergelincir jatuh dari motosikal akibat daripada hujan yang menyebabkan jalan basah. Manakala, ada juga saksi mengatakan terlanggar kereta hadapan kerana kenderaan tersebut brek mengejut.

Kereta di hadapan brek mengejut

Bagaimanapun, menurut saksi lain yang turut menyaksikan insiden itu berkata mangsa cuba untuk mengelak dari terlanggar kereta di hadapan kerana kenderaan itu brek mengejut. Motosikal yang ditunggang hilang kawalan kerana jalan basah disebabkan hujan. Keadaan tersebut menyebabkan mangsa terjatuh ke sebelah kiri jalan.

Hilux melanggar ayah

Kenderaan jenis Hilux dipandu laju dari arah belakang mangsa sehingga menyebabkan telah melanggar mangsa yang terbaring di tengah jalan. Dipercayai tayar kenderaan Hilux terbabit telah melanggar mangsa di bahagian kepala hingga dada.

Selepas kejadian itu, kenderaan tadi tersekat di parit tepi jalan. Pemandu tidak dapat menggerakkan kenderaannya kerana terdapat tiang elektrik di hadapan. Manakala, bahagian belakang kenderaan pula kelihatan mangsa terbaring berlumuran darah.

Pemandu Hilux tak mengaku

Orang ramai yang berada berdekatan lokasi kejadian mula mengerumun mangsa. Perkembangan terkini, pemandu Hilux tadi masih belum mengaku kesalahan melanggar mangsa.

Sumber: Nur Azieka

SKIP THIS AD ×