berita

Kepala Terhantuk Pada Kerusi, Hampir 10 Bulan ‘Menderita’, Adik Iman Disahkan Meninggal Dunia

June 20th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kisah kehidupan seorang kanak-kanak yang sebelum ini pernah mendapat liputan daripada media iaitu Muhammad Iman Al Khausar Ismail disahkan meninggal dunia pada 19 Jun 2020 (Jumaat).

Adik Iman meninggal dunia

Berita sedih itu dikongsikan oleh ibu kepada adik Iman iaitu Nursasabila Kamarulzaman menerusi akaun Facebooknya yang memaklumkan bahawa anak kesayangannya yang baru sahaja berusia 3 tahun itu telah pulang ke Rahmatullah. Lebih meruntun hati apabila mengetahui adik Iman ini sebenarnya anak tunggal dalam keluarganya. Pemergiannya merupakan satu tamparan hebat buat Nursasabila dan suami.

Muhammad Iman Al Khausar merupakan seorang kanak-kanak yang dilahirkan secara normal. Tanggal 17 September 2019 merupakan detik ‘hitam’ buat adik Iman apabila kepalanya telah terhantuk pada kerusi ketika bermain. Insiden itu telah mengubah nasib anak kecil ini dalam sekelip mata sahaja.

Difahamkan juga, adik Iman disahkan menghidap kanser saraf tahap 4 pada 22 Oktober 2019 iaitu sebulan setelah dimasukkan ke hospital berikutan hentakan di kepala dan menyebabkan pendarahan. Doktor mendapati terdapat ketumbuhan di kepala dan belakang matanya. Setelah hampir 10 bulan menderita, anak syurga ini telah ‘berehat’ dan kembali kepada pencipta-Nya.

‘Pergilah cinta’

Menjengah ke ruangan Facebook Nursasabila Kamarulzaman, rata-rata warganet menzahirkan ucapan takziah buat adik Iman dan keluarga. Dalam kesempatan itu juga, mereka berharap agar keluarga arwah terus tabah dan kuat menerima dugaan yang diberikan ini.

Sumber: Nursasabila Kamarulzaman

SKIP THIS AD ×