Di Johor Bahru, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan maut setelah terjatuh dari ‘baby chair’ di sebuah restoran.
Bertindak luar kawalan
Sekadar gambar hiasan
Menerusi kenyataan media Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, pihak polis menerima laporan daripada bapa kanak-kanak lelaki tersebut berkenaan anaknya yang maut setelah terjatuh dari ‘baby chair’ ketika mereka sekeluarga makan bersama di sebuah restoran di Taman Sutera.
Menurut polis, kanak-kanak itu bertindak luar kawalan dengan menolak meja menggunakan kakinya hingga menyebabkan ‘baby chair’ yang didudukinya terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai. Kejadian tersebut menyebabkan kanak-kanak itu menangis dengan kuat lalu pengsan. Perkara tersebut turut disaksikan pekerja restoran di situ.
Sejurus kejadian itu, bapa anak kecil itu telah bergegas membawanya ke sebuah klinik swasta namun, telah dinasihatkan oleh doktor klinik tersebut untuk menghantar anaknya ke hospital kerana keadaannya nampak serius. Bapa tersebut telah membawa anaknya ke Hospital Swasta selepas itu dan anaknya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.
Di akhir kenyataan media, pihak polis berkata kes tersebut tiada sebarang unsur jenayah yang ditemui. Kertas siasatan mati mengejut telah dibuka dan siasatan masih diteruskan.
Kenyataan media
Sumber: Redzuan Abdul Manap