Persatuan Digital Malaysia (MDA) mengumumkan kepimpinan baharu bagi penggal 2025–2026, selari dengan usaha untuk memacu industri media dan pemasaran digital tempatan yang kian dipengaruhi AI serta dinamik ekonomi dan geopolitik global.

Kepimpinan baharu 2025–2026

Ketua Pegawai Operasi REV Media Group iaitu Nicholas Sagau Tony Ngimat telah dilantik sebagai Presiden baharu MDA selepas bekas Presiden, Eileen Ooi dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PHD APAC.

Sementara itu, Pranav Jha, Head of Media Practices di GroupM Malaysia telah dipilih sebagai Naib Presiden manakala Cindy Eliza Vaz, Ketua Pegawai Digital IPG Media brands, menggalas tanggungjawab Bendahari.

Jawatan Setiausaha pula disandang oleh Lydia Wang yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Star Media Group Berhad.

Susulan daripada pelantikan tersebut, Nicholas menekankan keperluan MDA untuk bertindak sebagai pemudah cara industri.

Lanskap digital berada di persimpangan kritikal dengan AI bakal mengubah ekosistem, sama seperti teknologi terdahulu.

Kini lebih penting daripada sebelumnya untuk MDA memainkan peranan sebagai pemudah cara, memacu kolaborasi dan inovasi.

Manakala Naib Presiden, Pranav Jha meluahkan rasa syukur dan terharu dengan pelantikan tersebut selain berbesar hati untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan, saya melihat sendiri sinergi antara agensi, penerbit, pengiklan dan syarikat teknologi di bawah MDA.

fokus kami ialah memupuk bakat, membentuk amalan digital terbaik, memacu inisiatif rentas industri dan mengiktiraf hasil kerja cemerlang warga digital.

Selain pucuk pimpinan, Majlis MDA bagi penggal baharu turut dianggotai pemain industri utama seperti Astro Media Solutions, Dentsu Holdings (M) Sdn Bhd, FCB Shout, iMedia Asia, PETRONAS, Sinar Karangkraf, Vivaki Malaysia dan Xamble Group.

Dengan struktur baharu ini, MDA bertekad mempertajam strategi dan kerjasama industri bagi memastikan ekosistem digital Malaysia terus berkembang pesat seiring teknologi baharu dan cabaran global.