berita

Kepingan Konkrit Pembinaan Hempap Kereta, Kerja Pemasangan Dinding SUKE Dihenti Serta Merta

September 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, seorang wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap kepingan konkrit pembinaan lebuh raya di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Menerusi laporan Malaysiakini, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengarahkan kerja-kerja pemasangan dinding parapet Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dihentikan serta merta berikutan kejadian tersebut.

Kementerian pandang serius

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim, memaklumkan bahawa pihak JKKP akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya mahupun orang awam. Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan orang awam serta mengelakkan berlakunya kemalangan.

Kementerian memandang serius setiap kemalangan dan penyakit yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan termasuk kes yang melibatkan orang awam di sektor pembinaan

Tambah beliau, siasatan tersebut bakal menentukan sama ada terdapat pelanggaran kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan 1994 ataupun tidak. Jelas beliau lagi, kesemua majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja melakukan pekerjaan.

Cedera di tangan kiri

Terdahulu, sebuah kepingan konkrit bersaiz satu meter telah terjatuh menghempap kereta jenis Proton Saga BLM yang sedang dipandu seorang wanita yang berusia 25 tahun. Kejadian yang berlaku kira-kira 5.45 petang itu telah menyebabkan wanita tersebut cedera di tangan kirinya.

Sumber: Malaysiakini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×