
Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) digubal dengan matlamat untuk memberi nafas baharu kepada kawasan bandar lama yang semakin padat dan usang.
Menurut Sinar Harian, RUU ini bertujuan menaik taraf kawasan yang uzur supaya lebih moden dan selesa untuk didiami, pada masa sama menjamin hak pemilik tanah sentiasa dilindungi kerana proses pembaharuan hanya boleh dijalankan dengan persetujuan mereka.
Ia juga memastikan pembangunan semula dilakukan secara lebih tersusun tanpa menjejaskan kuasa kerajaan negeri, selain meningkatkan kualiti hidup rakyat bandar melalui penyediaan infrastruktur dan persekitaran yang lebih baik.
RUU ini tidak mengambil alih kuasa negeri atau menyentuh tanah rizab Melayu, sebaliknya menjadi kerangka undang-undang agar projek pembaharuan berjalan adil kepada semua pihak.
108 sesi libat urus, tapi tak disambut
Bagi memastikan semua pihak faham dengan jelas, kerajaan telah mengadakan lebih 108 sesi libat urus sejak 2023 bersama pelbagai badan profesional dan persatuan penduduk.
Menurut Harapandaily, kerajaan turut menganjurkan lawatan tapak pada Mei lalu dan menjemput semua Ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang untuk melihat sendiri kawasan yang terlibat.
Walau bagaimanapun, tiada seorang pun wakil pembangkang yang hadir walaupun jemputan rasmi sudah diberikan.
Ruang dialog sentiasa dibuka
Ketiadaan pembangkang dalam sesi-sesi ini membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah menutup pintu perbincangan.
Setakat ini, lebih 534 tapak telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum diserahkan kepada KPKT untuk tindakan lanjut.
Fakta ini sekaligus menolak dakwaan bahawa PSB bakal mengganggu kuasa negeri atau meminggirkan hak pemilik tanah.
Kerajaan memilih pendekatan inklusif dan terbuka kerana masa depan rakyat bandar lebih penting daripada pertelingkahan politik.
Persoalannya, adakah wajar untuk terus menolak RUU PSB tanpa turun sendiri mendengar penjelasan atau sudah tiba masanya semua pihak bersama-sama mencari solusi demi kepentingan rakyat bandar?






![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)

![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)
