berita

Kerajaan Sediakan Jaminan Pembiayaan RM2 Bilion Melalui SJKP Untuk Bantu Korang Beli Rumah Pertama!

May 17th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Memiliki kediaman peribadi merupakan impian semua orang terutamanya buat korang yang dah berkeluarga betul tak? Namun begitu, kita tak boleh nafikan prosedur untuk mendapatkan pembiayaan perumahan bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya buat korang yang tak ada pendapatan tetap dan bergaji rendah.

Sekarang merealisasikan impian untuk memiliki rumah sendiri bukanlah sesuatu yang mustahil dengan adanya peruntukkan jaminan pembiayaan sebanyak RM2 bilion untuk korang capai impian tersebut. Yelah, sampai bila nak menyewa?

Jaminan pembiayaan untuk miliki rumah pertama!

Mungkin ramai dikalangan korang yang tak tahu mengenai kewujudan skim ni, betul tak?

Berdasarkan pembentangan bajet bagi tahun 2022, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 2 bilion bagi memudahkan proses pembelian rumah pertama melalui skim jaminan kredit perumahan untuk korang yang tak ada pendapatan tetap dan bergaji rendah.

Tak kisahlah korang pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil, peniaga online, pemandu e-hailing dan sebagainya, korang boleh la cuba mohon pembiayaan perumahan melalui skim khusus ini.

Mohon melalui SJKP je.

Disinilah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) memainkan peranan. Mereka ni la yang akan membantu korang dari segi jaminan kredit perumahan bagi membolehkan anda mendapat kemudahan pembiayaan dari pihak bank untuk korang terutamanya bagi kita yang tiada pendapatan tetap ni.

Ditubuhkan sejak tahun 2007, sebenarnya dah ramai yang berjaya miliki rumah sendiri dengan bantuan mereka.

Jadi, mereka nak korang mohon dan gunakan peruntukan Skim Jaminan Kredit Perumahan sebanyak RM2 bilion ini sebaiknya untuk memiliki kediaman korang sendiri.

Pembiayaan perumahan sehingga RM400,000!

Memberikan had jaminan pembiayaan berjumlah sehingga RM400,000 termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian. Permohonan masih dibuka. Korang jangan lepaskan peluang untuk memohon ye.

Terdapat 6 bank utama yang terlibat untuk menyediakan pembiayaan kredit perumahan ini termasuklah Agrobank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, RHB Bank dan banyak lagi. Maklumat penuh mengenai senarai bank yang terlibat ada di https://www.sjkp.com.my/en/fi-partners

Syarat kelayakan yang lebih fleksibel

Berikut ialah sebahagian daripada syarat kelayakan permohonan pembiayaan.

1.Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

2. Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada (rumah sub-jualan) atau rumah lelongan untuk 3kediaman sendiri.

3. Jumlah bayaran balik semua pembiayaan pemohon tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar bulanan.

4. Sejarah kredit yang memuaskan.

5. Tiada rekod tertunggak di bawah Central Credit Reference Information System (CCRIS) selama lebih daripada 2 bulan dalam tempoh 12 bulan

6. Tiada rekod kredit negatif lain dalam tempoh 24 bulan.

**Kadar faedah yang dikenakan adalah pada kadar asas pembiayaan oleh institusi kewangan
**Wajib memiliki deposit bersamaan 3 bulan ansuran bulanan yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan pilihan.
**Tertakluk pada terma & syarat

Walau bagaimanapun, jumlah pembiayaan yang dipohon perlulah bersesuaian dengan kemampuan kewangan korang.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mohon skim jaminan kredit perumahan yang diperuntukkan melalui SJKP sebab banyak kelebihan yang korang ada.

Bukan itu je, korang juga boleh buat pembiayaan sehingga sehingga tempoh pembiayaan selesai dan pembiayaan sehingga dua genarasi turut dibenarkan.

Semua ni termasuklah Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA), Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT), Long Term Home Owners Policy (LTHO), insurans kebakaran, takaful, yuran guaman dan yuran penilaian.

Nak dapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai program skim jaminan kredit perumahan? layari https://www.sjkp.com.my/ sekarang.

 

SKIP THIS AD ×