berita

Kerajaan Umum ‘Total Lockdown’ 2 Minggu Bermula 1 Jun Ini

May 28th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Hari ini peningkatan kes positif Covid-19 telah mencatatkan rekod yang membimbangkan iaitu sebanyak 8,290 kes. Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ untuk Fasa Pertama di seluruh negara.

Penutupan sektor ekonomi dan perkhidmatan

Petang tadi, Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan bagi penutupan penuh bagi sektor sosial dan ekonomi (total lockdown). Pelaksanaan tersebut akan dikuatkuasa bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ini ke seluruh negeri.

Semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali ekonomi dan perkhidmatan yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sahaja. Tambah Perdana Menteri, sekiranya lockdown Fasa Pertama ini berjaya mengurangkan kes harian, kerajaan akan melaksanakan lockdown Fasa Kedua pula iaitu iaitu membenarkan pembukaan semula sektor ekonomi.

Diikuti dengan lockdown Fasa Ketiga iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mematuhi SOP penjarakan sosial.

Sementara itu, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan ekonomi kepada rakyat yang terkesan. Pengumuman bantuan berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.

SKIP THIS AD ×