berita

Kerana Cemburu, Izzue & Anzalna Bermasam Muka?

February 19th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-02-18 at 4.23.08 PM
Rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dua orang pelakon yang sudah pun mencipta nama dalam industri hiburan tempatan ini. Bagaimanapun, kedua-dua mereka dilihat agak sunyi seketika di layar perak tanpa sebarang produk baru.

Namun, bila kembali berlakon, timbul pula desas-desus mengatakan bahawa Izzue dan Anzalna kini sedang bermasam muka, dipercayai berpunca daripada sikap Izzue yang ingin menjaga hati isterinya, Awin.

Menurut sumber-sumber, salah faham itu berlaku apabila Anzalna dikatakan terlalu menjiwai watak dalam satu adegan romantik sehingga menyebabkan Izzue berasa tidak selesa.

Screen Shot 2014-02-18 at 4.23.44 PMIzzue Islam dikatakan tidak selesa dengan lakonan Anzalna

Tambahan pula, isterinya yang juga merupakan pembantu peribadinya itu sering berada di set penggambaran dan dikatakan sedikit sebanyak seperti ‘mengongkong’ setiap pergerakan Izzue.

Mungkin kerana mahu menjaga rumahtangga yang dikira masih setahun jagung, sumber tersebut turut memberitahu bahawa Izzue telah menegur Anzalna yang dianggap berlebihan dalam lakonannya. Terasa dengan tindakan itu, Anzalna dikhabarkan turut menarik muka dengan Izzue sehingga kini.

Tidak dinafikan sememangnya perlu wujud batasan dalam lakonan, namun jika berita yang kami dengar ini benar, tindakan yang dilakukan oleh Izzue itu mungkin akan menjejaskan kreativiti orang lain untuk terus berkarya dalam industri.

Sehingga kini, usaha untuk mendapatkan komen daripada Izzue dan Anzalna mengenai perkara ini masih lagi gagal.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×