berita

Kerana Dadah, Zack New Boyz Bakal Berhadapan Hukuman Gantung

June 11th, 2012 | by M
Kini Trending

‘Dadah musuh no. 1 negara’. Sesuai dengan slogan kata, mana-mana pengedar atau orang yang memiliki dadah berdasarkan jumlah tertentu akan berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati.

Zack New Boyz, atau nama sebenarnya Radin Irwan Dzul Karnain Isagani bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati atas tuduhan mengedar ganja seberat 1.31 kg sekiranya disabitkan kesalahan. Zack ditangkap ketika berada di sebuah kediaman beralamat K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.20 malam,  26 Januari 2010.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes ini akan dibicarakan selama 5 hari bermula 24 September 2012.

Zack merupakan pemain bass untuk kumpulan New Boyz yang pernah popular sekitar era pertengahan 90-an dan kini mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinnya bersama seorang wanita yang tak dikenalpasti. Difahamkan, Zack menjalani kehidupan yang amat mewah hasil pengedaran ganja.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×