berita

Kerana eTunai Rakyat RM30 Data Peribadi Tergadai & ‘Dicuri’? Ini Fakta Sebenar Korang Kena Tahu

January 16th, 2020 | by faris
Kini Trending

Kerajaan mengumumkan insentif eTunai Rakyat dalam Belanjawan 2020 pada Oktober tahun lalu membabitkan peruntukan RM450 juta. Tiga penyedia eWallet sahaja yang disahkan oleh kerajaan bagi perlaksanaan program itu iaitu Touch n Go, Boost dan Grabpay.

Namun, ada dakwaan pelaksanaan insentif ini membabitkan pengambilan data peribadi selepas mendaftar di platform ewallet terbabit. Pengguna laman Facebook Mufarwa Farid berkongsi pandangannya berkenaan hal itu.

Data peribadi diambil aplikasi handphone

Kecoh sungguh pasal pengambilan data peribadi daripada Touch n Go lepas daftar RM30 E-Rakyat tu. Sebenarnya, bukan Touch n Go sahaja yang ambil data pengguna lepas tu pi jual kat pihak lain. Hampir 80% aplikasi handphone kat dalam dunia ni mengambil data peribadi pengguna dan gunakan data tu bagi tujuan komersial.

Ianya sudah termaktub dalam hampir semua agreement yang kita selalu baca 2 saat lepas tu terus tekan accept. Cakap saja aplikasi apa, hampir kesemua apps akan ambil data kita, bagi tujuan:

1- Jadikan kita sebagai target iklan. Perasan tak, kalau kita tekan like barang kat Shopee (contoh), lepas tu kita buka Facebook, akan keluar iklan barang Shopee yang kita nak tu di bahagian laman utama FB kita?

Malah, lebih menakutkan, iklan barang tu bukan daripada Shopee sahaja, malah daripada Lazada, Wish dan sebagainya. Macam mana Lazada boleh tahu apa yang kita like daripada Shopee?

Sebab kita login Shopee dan Lazada, pakai akaun Facebook. Facebook pegang data kita dan diberikan kepada Shopee dan Lazada. Seolah, “Ha, ni si Ahmad suka barang memancing. Korang bagi je iklan mancing kat dia. InsyaAllah dia beli.”

Ya, Facebook sebut InsyaAllah.

Data penting untuk perniagaan

2- Letakkan iklan sesuai untok kita. Kalau kita buka YouTube, akan keluar iklan-iklan sebelum dan semasa video. Iklan-iklan tu, kekadang pelbagai.

Kejap-kejap iklan McD, kejap-kejap iklan syampu, kejap-kejap iklan kereta, kejap-kejap iklan pencuci baju.

Tapi, sampai tahap, iklan yang kita dapat tu sama saja. Buka-buka Youtube, keluar video daripada produk yang sama. Kalau dulu lain-lain, sekarang produknya dah sama walaupun jenama lain.

Mana-mana iklan yang kita pernah tak skip, YouTube akan tahu. “Oh, budak ni suka tengok video Rise of Kingdom. Lepas ni aku akan bagi dia sebanyak-banyaknya iklan yang lebih kurang sama.”- begitulah ujar Youtube.

3- Data itu diberikan untuk kajian. Ya, data peribadi kita itu amat-amat penting untok kajian terutamanya kajian perniagaan. Kajian ni macam mana? Ok, contoh, ada satu pasaraya terkenal kat US iaitu Walmart, nak masuk ke Malaysia. Dia nak pasang cawangan kat Kuala Lumpur.

Oleh itu, data-data peribadi kita ni dikumpulkan oleh beberapa syarikat statistik dan survey (memang wujud pun syarikat ni) dan diorang akan buat penilaian; adakah sesuai Walmart dengan budaya pembelian orang Malaysia?

Melalui data-data peribadi kita itu, diorang akan tengok, orang Malaysia ni kalau shopping online, dia selalu shopping apa? Kalau gunakan apps rider, selalu suruh belikan apa? Kalau pergi Mydin, selalu beli apa? Dalam FB, selalu like barang apa?

Kesemuanya itu akan dijadikan kajian, dan kajian itu akan dijual kepada Walmart untok tentukan sesuai atau tidak Walmart dibuka di Kuala Lumpur. Itu baru satu syarikat. Belum lagi syarikat-syarikat lain yang gunakan data kita untok jadi bahan kajian.

Selain nak buka cawangan, syarikat gunakan data kita untok kaji potensi produk baharu mereka. Contohnya, McDonald’s nak buat burger rasa sushi. Jadi, dengan data kita, diorang dapat nilai samada kita semua ni cenderung tak untok makan burger rasa sushi.

Aku tak kata Touch N Go ambil data peribadi kita tu satu tindakan yang betul. Cuma aku nak kata, selama hari ini, data peribadi kita memang dah didedahkan pun. Macam aku cakap tadi, 80% apps yang kita guna, akan curi data peribadi kita.

Dalam dunia ni, ada 2 kuasa paling besar dalam hal-hal curi data peribadi ni. Google dan Facebook. Jangan lupa, Whatsapp dan Instagram pun dimiliki oleh Facebook. Kita lari daripada Facebook pun, kita sukar nak lari daripada Whatsapp.

Semua perbualan kita, dalam chat Whatsapp, dalam PM dan DM Facebook dan Insta, semua gambar yang kita upload, semua benda yang kita share dalam WhatsApp, semuanya dicuri dengan gembiranya oleh Facebook. Kedua-dua Google dan Facebook ini, digunakan oleh hampir semua orang dewasa dalam Malaysia ni.

Lagi kita nak terkejut pulak data kita dicuri Touch n Go. Itu sebab, orang kata, kalau satu produk itu percuma, maknanya kitalah produk. Maknanya, kita guna, tetapi maklumat kita itu dijual kepada orang lain. Ingat, produk yang paling berharga adalah, manusia.

Sumber: Mufarwa Farid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×