berita

Kerana Gambar Anak, Peminat Harap Erra & Bekas Suami Bersama Semula

February 28th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Erra & Emran

Kisah perceraian bekas Ratu Cantik Malaysia, Erra Fazira mendapat perhatian umum dari segenap lapisan masyarakat. Maklum sajalah, Erra merupakan nama besar dalam industri hiburan tanah air.

Terkini, bekas suaminya, Engku Emran telah memuatnaik foto anak mereka, Engku Aleesya bersama Erra ketika mereka  menunaikan Umrah satu ketika dulu.

Foto tersebut telah mendapat pelbagai respon dari peminat yang menginginkan pasangan itu kembali bersama demi anak mereka.

EmranFoto yang dimuat naik Engku Emran

Status Emran

Status foto tersebut yang menggelar Erra sebagai syurga kepada anak mereka betul-betul menyentuh hati peminat hingga ada yang meminta mereka rujuk semula.

Selain itu, ada juga peminat yang meminta mereka menunaikan umrah bersama-sama sekali lagi dan berdoa di Jabbal Rahmah untuk menyatukan mereka kembali.

AleesyaMakin comel, Engku Aleesya mewarisi kecantikan ibunya

Apa-apa pun, jika apa yang didoakan peminat ini menjadi kenyataan, kami pasti Engku Aleesya lah yang paling gembira kerana tidak perlu lagi tinggal berasingan bersama ibu bapa tercinta.

Untuk pengetahuan anda, Erra dan Engku Emran disahkan bercerai beberapa minggu lalu dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sementara itu, hak penjagaan anak mereka diberikan kepada Engku Emran dan Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.

SKIP THIS AD ×