berita

Kerana Kerja Sekolah Terlalu Banyak, Pelajar Tingkatan Satu Ini Nekad Gantung Diri

August 25th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seorang pelajar berumur 13 tahun meninggal dunia di rumahnya dan didakwa telah menggantung diri akibat tekanan dengan kerja sekolah yang terlalu banyak. Pelajar lelaki tingkatan satu ini dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menerusi laporan Harian Metro, sebelum kejadian mangsa ada memaklumkan kepada ibunya bahawa dia tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan sebelum masuk ke bilik air untuk mandi.

Kurang minat untuk belajar

Ketika kejadian, hanya bapa mangsa sahaja yang berada di rumah mula hairan kerana hampir 30 minit anaknya itu tidak keluar dari bilik air. Bapa mangsa kemudian cuba mengetuk pintu namun tiada sebarang jawapan menyebabkan dia mula curiga dan cuba untuk membuka pintu tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, bapa mangsa membuka pintu dan  melihat anaknya itu menggantungkan diri pada tuala yang diikat pada palang besi.

Bapanya kemudian menurunkan anaknya dan memberi bantuan pernafasan sehingga anaknya itu termuntah sebelum dia meminta bantuan jiran menghubungi ambulans.

Hasil siasatan mendapati anak bongsu daripada dua beradik ini tertekan kerana kurang minat untuk belajar selain prestasi pelajarannya yang agak lemah.

Selain itu, remaja itu juga mengadu kepada ibu bapanya dia ada banyak kerja sekolah dan terlalu tertekan untuk belajar.

Selain itu, guru di sekolah juga pernah menghubungi ibu bapa mangsa memberitahu bahawa dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

Menerima sepucuk surat

Pada sambutan hari ibu Mei yang lalu, mangsa ada menulis sepucuk surat yang menyatakan rasa sayang dan ucapan terima kasih kepada ibunya.

Remaja tersebut telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Kes ini boleh diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah yang ditemukan pada fizikal remaja berkenaan.

Sumber: Harian Metro, Astro Awani

SKIP THIS AD ×